awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ujian saringan kedua MB Perak turut negatif

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/10/2020
11:11 MYT
COVID-19: Ujian saringan kedua MB Perak turut negatif
Pejabat beliau turut mengesahkan Ahmad Faizal dijadualkan hadir majlis rasmi bermula Selasa di Ipoh selepas menjalani 14 hari kuarantin kendiri. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH:Ujian saringan kedua yang dijalankan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas pulang dari Sabah pada 20 September lalu, turut disahkan negatif COVID-19.
Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar hari ini.
Pejabat beliau turut mengesahkan Ahmad Faizal dijadualkan hadir majlis rasmi bermula Selasa di Ipoh selepas menjalani 14 hari kuarantin kendiri.
Katanya, majlis tersebut ialah perasmian Seminar Intergriti Negeri Perak yang akan diadakan di Casuarina @ Meru.
Pada 28 September lalu, Astro AWANI melaporkan walaupun ujian saringan pertama itu negatif, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Ia sebagai langkah proaktif tanpa arahan daripada mana-mana pihak, kata kenyataan itu.
Ujar kenyataan itu lagi, langkah berkenaan diambil Ahmad Faizal susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Ahmad Faizal mengambil langkah itu susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah sepanjang kempen PRN berkenaan baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#ujian saringan
#ujian swab
#MB Perak
#Menteri Besar
#Ahmad Faizal Azumu
#COVID-19
#Sabah
#Bersatu
#kuarantin
#pilihan raya negeri
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan