KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) telah membantu meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara, dengan FDI kumulatif Malaysia melonjak sebanyak RM14.9 bilion mencecah RM914.9 bilion pada akhir suku ketiga (Suku 3) 2023.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
Jepun dan Australia kedua-duanya adalah anggota CPTPP.
Tengku Zafrul dalam satu kenyataan semalam berkata penerima terbesar keseluruhan FDI ialah sektor perkhidmatan (50 peratus) diikuti pembuatan (42 peratus).
"Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 181 projek baharu bernilai AS$2.94 bilion (AS$1=RM4.61), dengan hampir 11,000 peluang pekerjaan yang berpotensi, direkodkan dari negara-negara CPTPP antara Januari dan September 2023," katanya.
Dari segi pemudahan perdagangan, Tengku Zafrul berkata, CPTPP telah membolehkan pengeksport dan pengeluar Malaysia menikmati layanan tarif keutamaan melalui sijil asal (CO) CPTPP, yang penggunaannya mencecah 4,482 sijil bernilai kira-kira RM1.58 bilion, untuk tempoh 29 Nov 2022 hingga 31 Okt 2023.
Destinasi eksport utama ialah Jepun, diikuti Mexico, Kanada dan Peru, katanya.
"Berbanding tempoh yang sama pada 2022, jumlah eksport Malaysia ke negara-negara CPTPP bagi tempoh Januari-September 2023 menunjukkan peningkatan dua peratus bagi produk besi dan keluli, dan juga untuk tekstil; manakala eksport produk petroleum meningkat sebanyak 15 peratus.
"Pertumbuhan eksport Malaysia ke negara-negara CPTPP dijangka berkembang dengan pesat apabila negara-negara ini secara beransur-ansur menghapuskan duti," katanya.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggesa perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya CPTPP, yang meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan mempermudah kepelbagaian manfaat pelbagai hala menerusi beberapa pemboleh utama.
Tengku Zafrul berkata manfaat ini termasuk akses kepada eksport perniagaan dan perkhidmatan profesional Malaysia meliputi undang-undang, kejuruteraan, pencukaian, perakaunan dan seni bina.
"Malahan, terdapat prospek dalam perkhidmatan berkaitan komputer di Australia, Chile dan Mexico; perkhidmatan alam sekitar di Australia, Kanada, New Zealand dan Mexico; pembinaan di New Zealand dan Mexico; dan perkhidmatan kewangan di Peru," katanya.
Perniagaan dan PKS boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari https://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tpp_cptpp.
Tengku Zafrul menegaskan mobiliti rentas sempadan kepada profesional dalam kalangan negara CPTPP boleh dipermudah menerusi perjanjian pengiktirafan bersama (MRA).
"Selepas MRA dilaksanakan, prosedur pelesenan dan kelayakan berbeza akan diiktiraf oleh pihak berkuasa berkaitan atau badan perkhidmatan profesional negara CPTPP masing-masing.
"Potensi kerjasama dengan profesional dari negara CPTPP lain boleh memperkukuh kumpulan kepakaran perniagaan, yang membolehkan pemindahan pengetahuan, pembangunan bakat dan melahirkan tenaga kerja Malaysia yang pelbagai," katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata peruntukan e-dagang CPTPP mengurangkan halangan perdagangan, membolehkan perniagaan dan pengguna di Malaysia meraih manfaat daripada akses lebih mudah kepada perdagangan dalam talian bagi barangan dan perkhidmatan dengan negara CPTPP lain.
Ini dipermudah dengan cara menggalakkan dan membolehkan aliran data rentas sempadan kepada perniagaan dan PKS di negara anggota CPTPP, katanya.
"Pembolehan ini termasuk komitmen negara-negara CPTPP untuk tidak mengenakan 'keperluan penyetempatan' yang akan memaksa perniagaan membina pusat storan data atau menggunakan kemudahan pengkomputeran tempatan dalam pasaran CPTPP; komitmen untuk tidak menghalang syarikat daripada menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan dan penyimpanan data kepada pasaran CPTPP yang penting dan meluas; dan komitmen terhadap keselamatan siber, serta privasi dan perlindungan pengguna melalui, antara lain, pasukan tindak balas kecemasan komputer nasional setiap negara," jelasnya.
Mengenai perkembangan lain, beliau berkata peruntukan CPTPP untuk perolehan kerajaan (GP) akan memberikan peluang yang sama kepada perniagaan Malaysia untuk membida projek kerajaan di negara CPTPP lain seperti Mexico, Peru dan Vietnam.
"Malah, di bawah peruntukan GP, ambang permulaan Malaysia untuk perkhidmatan pembinaan adalah antara yang tertinggi berbanding pihak-pihak CPTPP lain. Malaysia juga diberikan satu daripada tempoh peralihan yang paling lama untuk perkhidmatan pembinaan," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, CPTPP juga mengiktiraf kepentingan PKS melalui dua inisiatif kritikal, iaitu perkongsian maklumat, dan membolehkan PKS memanfaatkan manfaat dan peluang daripada CPTPP, dengan tujuan untuk menyepadukan mereka ke dalam rantaian bekalan global.
"MITI kini sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk menambah baik pengumpulan data PKS.
"Ini adalah satu langkah penting bagi membolehkan kerajaan membina mekanisme sokongan tersuai agar PKS Malaysia dapat menyertai rantaian bekalan global dengan lancar dan untuk memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus PKS Malaysia mendigitalkan perniagaan mereka, yang merupakan salah satu matlamat Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
Peruntukan CPTPP lain yang sama pentingnya dalam memudahkan pertumbuhan PKS termasuk perlindungan ke atas hak harta intelek (IPR) melalui piawaian perlindungan dan penguatkuasaan serantau di seluruh rantau Asia Pasifik.
Peruntukan itu juga termasuk membantu PKS menangani halangan dalam penggunaan e-dagang dan menggalakkan perniagaan untuk secara sukarela menerima guna prinsip dan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi memastikan industri yang mampan dan berdaya tahan.
Bagi tujuan ini, katanya, Rangka Kerja ESG Industri Kebangsaan (Rangka Kerja i-ESG) MITI yang baru dilancarkan akan menyokong perniagaan dan PKS Malaysia untuk menyepadukan prinsip ESG secara lancar dan sistematik ke dalam operasi mereka.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata negara-negara CPTPP juga komited untuk membasmi rasuah dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa, memberi jaminan yang lebih besar kepada perniagaan dan PKS bahawa pergerakan barangan dan perkhidmatan yang lancar dalam kalangan negara CPTPP boleh dilaksanakan tanpa sebarang kos tersembunyi.
Satu lagi manfaat penting CPTPP adalah pembinaan kapasiti, khususnya dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan, serta dalam menggalakkan pendidikan, budaya dan kesaksamaan jantina.
"Sebagai contoh, dengan memupuk hubungan antara perniagaan yang berbeza dalam industri yang sama atau rantaian bekalan daripada negara CPTPP yang dikenal pasti, industri dan PKS boleh belajar daripada satu sama lain, dan berkongsi amalan terbaik.
"Usaha-usaha kerjasama juga boleh memudahkan PKS bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.
Tengku Zafrul berkata anggota CPTPP sedang memulakan semakan perjanjian bagi memastikan keadaan yang relevan, dengan mengambil kira perkembangan ekonomi, ESG dan geopolitik semasa di peringkat global.
"MITI akan bekerjasama rapat dengan negara-negara CPTPP yang lain untuk menangani isu-isu seperti daya tahan rantaian bekalan, penyahkarbonan, teknologi baru muncul, dan kecerdasan buatan, di samping mengukuhkan pelaksanaan dasar dan peraturan, membangunkan keupayaan industri, dan meningkatkan promosi eksport.
"Kementerian ini akan sentiasa memastikan kepentingan Malaysia terus dipertingkat dan dilindungi melalui keanggotaan negara dalam semua perjanjian perdagangan bebas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Tengku Zafrul menegaskan mobiliti rentas sempadan kepada profesional dalam kalangan negara CPTPP boleh dipermudah menerusi perjanjian pengiktirafan bersama. - Gambar fail/BERNAMA
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP
Pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang dirangka dan dilaksanakan termasuk program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis
Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP.
Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul
Kelulusan keahlian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu mesti berdasarkan konsensus.
United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
MITI bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi PKS Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 CPTPP di New Zealand.
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.