KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding kes saman berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta, atas alasan peguam itu sememangnya berniat untuk melengah-lengahkan tuntutan saman berkenaan.
Perkara itu dinyatakan di dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Ketua Penolong Pengarah di Unit Kawalan, LHDN Shamsul Effendi Khamis, yang diperoleh pihak media menerusi carian sistem mahkamah.
LHDN yang memfailkan afidavit itu pada 26 Jan lepas bagi pihak kerajaan Malaysia selaku plaintif mendakwa Muhammad Shafee juga telah menyalahgunakan proses mahkamah.
"Sekiranya perkara ini berlaku (penggantungan prosiding dibenarkan) hak plaintif dan rakyat Malaysia akan dinafikan serta diprejudiskan secara serius.
"Ini adalah kerana kerajaan memerlukan hasil yang secukupnya untuk pembangunan dan kelancaran pentadbiran negara selain untuk menjaga kebajikan rakyat serta menangani impak pandemik COVID-19 yang menyebabkan krisis kesihatan dan ketidaktentuan ekonomi kepada negara," menurut Shamsul Effendi dalam afidavit berkenaan.
Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Noordura Mohamed Din secara dalam talian pada 16 Feb ini.
Pada 3 Nov tahun lepas, Muhammad Shafee memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia, antara lain atas alasan wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding berkenaan.
Peguam itu berkata permohonan itu juga difailkan sementara menunggu permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN didengar di Mahkamah Persekutuan pada 16 Feb ini.
Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Muhammad Shafee diputuskan melalui penghakiman terus iaitu mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan. Permohonan itu masih belum didengar mahkamah.
LHDN memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021 mendakwa sehingga kini, peguam tersebut masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.
Muhammad Shafee yang merupakan peguam Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Muhammad Shafee turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN. - Gambar fail
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Prestasi ringgit setakat 7 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 7 Mei 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada minggu lepas.
Pekerjaan masa depan: 3 hari seminggu ke pejabat, rangsang produktiviti pekerja, syarikat?
Tinjauan Workmonitor 2024 di Malaysia yang dilakukan Randstad Malaysia mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat. Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Keupayaan merancang, melaksanakan reformasi dasar negara
Bagaimana dinamika ekonomi, sosial dan budaya semasa dalam mempengaruhi pembangunan dan transformasi negara seperti Malaysia? Kupasa bersama Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari.
OPR: Pengaruh keputusan bank pusat Asia lain
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan berkenaan unjuran kadar dasar semalaman (OPR) yang dijadualkan pada 8-9 Mei 2024.
Haji 2024: Boleh undang stres, jangan pandang mudah cuaca panas
Cuaca panas di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celcius tahun ini.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Tunggakan cukai: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Pendakwaan tarik balik rayuan, keputusan lepas dan bebas Shafee kekal
Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.