KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Daim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau, semalam.
"Semalam pegawai SPRM telah merakam kenyataan daripada saya. Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada hari Isnin (29 Jan) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Daim, beliau bersedia menghadapi prosiding mahkamah.
Sementara itu, Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Daim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas.
"Saya mengesahkan kami terima kelulusan untuk mendakwa Daim seminggu lalu namun apabila pegawai kami memaklumkan perkara itu kepada peguamnya, mereka memberitahu beliau dimasukkan ke sebuah hospital swasta," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata semakan mendapati Daim, yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa namun mereka tidak dimaklumkan mengenai alasan bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.
Sementara itu isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Jan lepas atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Sebelum ini Nai'mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.
SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.
Menurut SPRM kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Pada Rabu, SPRM mengesahkan mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu. - Gambar fail
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan
Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh SPRM.
Tiada jaminan isteri Daim tidak lari jika pasport dikembalikan - Pendakwa
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, tiada jaminan isteri Daim, Na'imah akan kekal berada di negara ini, jika pasport antarabangsanya dikembalikan secara tetap.
Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.
Azam Baki sahkan disaman Daim
Tan Sri Azam Baki mengesahkan menerima saman yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadapnya.
Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
Senarai aset Daim Zainuddin
Beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, atau denda tidak melebihi RM100,000.
Saya tidak peduli nasib diri, lebih risau masa depan negara - Daim
Daim 'tidak sabar'menunggu hari perbicaraan bagi tujuan membersihkan namanya.
Daim minta dibicara kerana gagal isytihar harta, termasuk 25 hartanah dan 38 syarikat
Daim kelihatan tenang, hanya menjawab, "faham" dan "minta dibicara" selepas tuduhan terhadapnya dibacakan.