KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta supaya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai masalah di negeri lain, sebaliknya fokus kepada Negeri Jelapang Padi itu.
Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhammad Sanusi semalam bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
"Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain, sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah diumumkan di Kedah sama ada Widad Group atau litar. Dia ini sembang banyak, siap tak banyak.
"Berbeza dengan Menteri Besar Selangor, umum dan kita lunaskan. Menteri Besar Kedah ni dah la dia ada kes hasutan melibatkan Sultan Selangor, jadi saya rasa diam jalah Sanusi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini hari ini.
Sanusi, yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, berkata keputusan MCA untuk tidak terlibat dalam sebarang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan memberi kelebihan kepada gabungan itu.
Jumaat lepas, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, MIC turut membuat keputusan sama atas alasan serupa.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon manakala hari pengundian pada 11 Mei.
Mengulas mengenai pembatalan projek lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link), Fahmi meminta semua pihak termasuk Khairy Jamaluddin merujuk kenyataan Jabatan Kerja Raya jika mahukan maklumat mengenai perkara itu.
"Dia kena baca sekali dengan kenyataan (Jabatan) Kerja Raya. Saya dah sebut dalam sidang media sebelum ini selepas mesyuarat Kabinet bahawa akan ada kenyataan susulan daripada Kementerian Kerja Raya dan JKR telahpun keluarkan kenyataan," katanya.
Fahmi berkata demikian bagi mengulas kritikan bekas Menteri Kesihatan itu yang dilaporkan mendakwa bahawa beliau tidak memiliki kepakaran untuk menjawab soalan mengenai projek PJD Link dan pembatalannya.
Pada 17 April lepas, beliau mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan meneruskan projek itu selepas syarikat konsesi gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan oleh Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Fahmi mengulas kenyataan Muhammad Sanusi semalam bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH. - Gambar fail
Kasino di Forest City: 'Tuduhan jahat cuba gagalkan pembangunan SFZ'
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.