KUALA LUMPUR:Kenyataan seorang peguam bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak diwakili semasa pengurusan kes saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadap beliau atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari, adalah tidak benar serta mengelirukan.
Peguam Nizamuddin Hamid, yang mewakili Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, turut menyangkal kenyataan N. Yohendra, peguam pengundi terbabit, bahawa saman itu telah diserahkan kepada Mohamed Azmin pada 1 Dis lepas.
"Saman itu dikatakan telah diserah kepada seorang individu di pusat khidmat masyarakat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Justeru, ia merupakan pelanggaran peraturan mahkamah secara terang-terangan.
"Writ saman mesti diserahkan mengikut prosedur yang ditentukan dalam peraturan mahkamah. Ini adalah amalan biasa dan kami terkejut apabila beliau dengan begitu cepat mengumumkan bahawa saman itu telah diserahkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 1 Dis," menurut peguam Tetuan Zharif Nizamuddin dalam kenyataan.
Selain itu, beliau berkata tiada usaha dilakukan untuk menyerahkan sendiri saman itu kepada Mohamed Azmin di kediaman atau pejabat beliau.
Nizamuddin berkata peguam tersebut juga tidak menulis kepada anak guamnya bagi meminta janji temu untuk menyempurnakan penyerahan saman itu.
"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghormati sistem keadilan dan sekiranya plaintif telah menyerahkan saman itu dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan undang-undang, beliau akan segera hadir.
"Apa yang dikesalkan adalah mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada sebuah portal berita dalam kes yang sedang berlangsung di mahkamah," katanya.
Portal berita itu melaporkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, tidak diwakili peguam semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Maslinda Selamat pada 28 Dis lepas yang dijalankan secara dalam talian.
Yohendra dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar sekiranya tidak ada peguam yang tampil mewakili Mohamed Azmin pada prosiding pengurusan kes seterusnya pada 14 Jan.
Kesemua sepuluh pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Gombak itu telah memfailkan saman tersebut pada 27 Nov lepas terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lepas.
Penyataan tuntutan mereka menyebut kesemua plaintif, berusia lingkungan 36 dan 64 tahun, memohon antara lain pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin, selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajipan fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

Sepuluh pengundi berdaftar di Gombak memfailkan saman pada 27 Nov lepas terhadap Mohamed Azmin (gambar) atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton'. - Gambar fail

PdPR: Pantau peniaga tamak sorok peranti untuk kaut untung
Agensi berkaitan harus bekerjasama memantau aktiviti jualan peranti seperti komputer riba supaya harga tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

PdRP: Harga peranti naik?
Sesi persekolahan tahun 2021 yang bermula dengan pembelajaran secara dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdRP) menimbulkan rungutan kepada ibu bapa. Apabila lebih daripada dua orang anak yang bersekolah di mana masing-masing menggunakan komputer, komputer riba atau ‘laptop’ untuk mengikuti kelas. Kita bersama Chris Daniel Wong, Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia dengan perinciannya.

COVID-19: Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun - Surat EuroCham
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha MITI Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu bermesyuarat bersama EuroCham.

PdPR | Mekanisme mudahkan pembelajaran di rumah
Pendekatan pembelajaran kini sebagai satu keperluan, namun setiap pihak perlu mengambil kira jurang perbezaan yang wujud. Golongan pengajar perlu memainkan peranan penting dalam mengenal pasti teknik pembezaan dan kebolehan pelajar. Dr. Aida Hanim A. Hamid, Pensyarah Kanan Pusat Kepimpinan & Polisi Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ada perinciannya.

COVID-19: Sarawak terima peruntukan RM57 juta daripada KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan RM57 juta dengan segera bagi menambah baik makmal ujian RT-PCR serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di Sarawak

COVID-19 | Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari. Menurut Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EUROCHAM Malaysia) perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu mesyuarat bersama EUROCHAM.

COVID-19 | Sektor pembuatan ditutup jika kes meningkat? Apa impaknya?
Kita bersama Prof Madya Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO.

Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar
Ia juga untuk mengelakkan pelajar rasa jemu dan angkat kaki apabila mengikuti PdPR menerusi aplikasi yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala sahaja menyampuk.

Vaksin COVID-19 | Kemungkinan individu dijangkiti semula
Tiga kemungkinan dikenal pasti menyebabkan seseorang yang sudah disuntik vaksin dijangkiti semula virus COVID-19. Dekan Eksekutif Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan, Taylor's University, Professor Emeritus Dr P.T. Thomas menjelaskan, paling utama, ada kemungkinan, individu berkenaan positif virus itu disebabkan vaksin tidak efektif.

Pembangkang perlu hati-hati mahu sidang Parlimen, usah desak tukar kerajaan - Pakar perlembagaan
Menurut Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, gabungan pembangkang perlu berhati-hati dengan permintaan mereka untuk mengadakan sidang Parlimen ketika tempoh darurat.

RCEP bukti Malaysia dan rakan perjanjian akan terus perkukuh integrasi serantau
RCEP dapat menyegerakan proses pemulihan ekonomi serantau dan negara kita pasca COVID-19.

Dakwaan bahawa Azmin Ali tidak diwakili adalah dusta - Peguam
Tiada usaha dilakukan untuk menyerahkan sendiri saman itu kepada Mohamed Azmin di kediaman atau pejabat beliau.

Semangat Krismas akan dapat dipertahan biarpun berdepan COVID-19
Hishammuddin menasihatkan mereka yang menyambut perayaan itu agar menitikberatkan pematuhan SOP untuk keselamatan bersama.

Mengenang Tun Rahah: Hari yang amat sedih buat kita semua - Azmin Ali
Hari yang amat sedih buat Malaysia, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulas pemergian Tun Rahah Mohamed Noah pada Jumaat.

RUU Perbekalan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Ia selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian diperingkat akhir jawatankuasa dan sebelum bacaan ketiga, gagal.

APEC 2020: Azmin optimis Deklarasi Pemimpin mampu dicapai
Kegagalan sejak dua tahun lalu menyebabkan para pemimpin APEC lebih komited dalam memastikan ia berjaya dicapai tatkala dunia kini berdepan pandemik COVID-19.

Pendigitalan pacu pemulihan ekonomi ASEAN pasca COVID-19
Pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau ini menjadi agenda utama dan telah dibincangkan dengan meluas di peringkat Pemimpin ASEAN dan Menteri Ekonomi ASEAN.

RCEP buka peluang pedagang tempatan bersaing peringkat antarabangsa - Mohamed Azmin
Perjanjian itu menjanjikan potensi besar kerana melibatkan kira-kira 47.5 peratus populasi dunia meskipun tidak melibatkan India.

Malaysia yakin ASEAN mampu main peranan penting tangani cabaran COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia amat yakin ASEAN akan terus memainkan peranan penting bagi menghadapi cabaran pandemik menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif.

PN sambut baik solidariti, tekad perangi COVID-19
PN menyambut baik semangat solidariti parti komponen ahli-ahli Parlimen ang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung Kerajaan Perikatan Nasional.