awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalam kolam buaya rupanya...

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2021
22:45 MYT
Dalam kolam buaya rupanya...
Siasatan mendapati lokasi yang dipaparkan dalam gambar dan video tular itu sebenarnya sebuah kolam buaya di Paya Indah Wetlands. - Foto fail
SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menafikan penemuan seekor buaya di sebuah tasik di Taman Dengkil Jaya, Dengkil seperti yang tular di laman sosial pada Isnin.
Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, siasatan pihaknya mendapati lokasi yang dipaparkan dalam gambar dan video tular itu sebenarnya sebuah kolam buaya di Paya Indah Wetlands.
BACA: Penduduk Taman Dengkil Jaya gempar kemunculan buaya
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kakitangan Paya Indah Wetlands yang mendapati ia sama dengan kawasan sebuah kolam buaya di situ.
"Hari ini (Selasa) kita menerima maklumat bahawa video atau gambar tular mengenai reptilia itu adalah di Paya Indah Wetlands," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.
Beliau bagaimanapun berkata, kawasan Paya Indah Wetlands juga berada di bawah seliaan Perhilitan.
"Kita juga sudah meneliti rakaman sebuah video yang memaparkan kehadiran buaya berkenaan. Ia sama seperti kawasan kolam buaya itu dan bukannya di sebuah tasik seperti yang didakwa," jelas beliau.
Dennis berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Perhilitan negeri dan Hulu Langat pada Isnin bergegas ke tasik itu sejurus menerima maklumat mengenai penemuan tersebut.
"Hasil pemeriksaan menyeluruh Perhilitan bagaimanapun tidak menemui buaya di kawasan berkenaan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai kehadiran buaya di kawasan tersebut.
"Orang awam diminta menghubungi Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan hidupan liar," ujarnya.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, penduduk di Taman Dengkil Jaya gempar dengan kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter dalam sebuah tasik berhampiran kawasan tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 8.29 malam.
Perhilitan menafikan penemuan seekor buaya di sebuah tasik di Taman Dengkil Jaya, Dengkil pada Isnin.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#buaya
#Taman Dengkil Jaya
#Perhilitan
#Paya Indah Wetlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan