Lelaki yang dipercayai dalang utama kes pembunuhan kejam seorang lelaki di Taman Pelangi di sini, akhir tahun lepas, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamaluddin Kassim berkata reman bermula 6 Julai hingga Khamis ini (12 Julai) itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi di sini, Hafizah Johor Arif Johor.
Ia bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya ketika dihubungi.
Suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada penghujung Mei lepas sebelum diekstradisikan ke Malaysia dan tiba di negeri ini pada petang Khamis lalu (5 Julai) selepas melarikan diri daripada pihak polis Johor susulan kejadian.
Empat hari sebelum itu (1 Julai), dua suspek yang turut terlibat dalam kes berkenaan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berumur 54 dan 58 tahun adalah anggota kumpulan jenayah terancang 'Jin Jee Tong' dan dituduh mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
BACA: Kejadian langgar dan bunuh di Taman Pelangi ada kaitan kongsi gelap
BACA: Suspek kes pembunuhan di Taman Pelangi dikesan lari ke Thailand
Dalam kejadian pada 17 Dis 2017 itu, mangsa berusia 44 tahun mati selepas ditikam serta dilanggar dan digilis sebuah kereta jenis BMW oleh sekumpulan empat lelaki.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an, dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kereta di sebuah stesen minyak sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka, sehingga berlakunya pergelutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
Kejadian pada 17 Dis 2017 itu berlaku ketika mangsa sedang mengisi angin tayar kereta di sebuah stesen minyak sebelum tiba-tiba didatangi suspek. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.
TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW
Siasatan berkenaan adalah selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China
Kejadian berlaku ketika waktu puncak pada jam 5.25 petang di sebuah persimpangan sibuk di Guangzhou pada petang Rabu.
BMW belum bercadang kembali ke kancah F1
Pengarah Sukan Permotoran BMW, Andreas Roos, menegaskan kos dan projek LMD-H sebagai sebab utama mengapa mereka tidak berhajat untuk kembali ke Formula Satu (F1).
Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta
Orang ramai boleh menyertai kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 bermula 1 September 2022 hingga 31 Mei 2023.
Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya
kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.
Pemandu sakit mental rempuh 7 kenderaan
Siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun memandu BMW berkenaan secara laju dan melulu sebelum melanggar kesemua kenderaan tersebut dari arah belakang.
Tiga suspek samun maut, kereta terbabas dan terbakar selepas dikejar mangsa
Honda HRV dipandu suspek terbabas dan melanggar tiang pagar sebuah rumah di Kampung Morak menyebabkannya terbakar.
CES 2022: Sukar pilih warna kenderaan idaman? BMW hasilkan kereta boleh tukar warna
Warna yang boleh berubah sekelip mata ini bukan hanya sebagai hiasan semata-mata, tetapi ia memainkan peranan dari segi penggunaan efisien.
Seorang mangsa kemalangan Perodua Bezza bertembung BMW meninggal dunia
Mangsa yang dikenali sebagai Asmawati Hashim, 57, meninggal dunia pada pukul 12.24 tengah hari ini di Hospital Slim River.