awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana RM90 juta: 'Tak lari gunung dikejar, Idris Ahmad harap bersabar' - Husam

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2019
11:26 MYT
Dana RM90 juta: 'Tak lari gunung dikejar, Idris Ahmad harap bersabar' - Husam
Husam sebelum ini berkata SPRM tidak memaklumkan untuk hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. - Gambar fail
Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Husam Musa berharap pihak yang menuduh beliau tidak berani ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas supaya bersabar.
Menurut Husam, beliau telah menghubungi SPRM Putrajaya dan mendapat pengesahan dirinya belum dipanggil untuk diambil keterangan.
"Namun, seperti mana saya telah sebutkan dalam posting saya, sudah pasti saya akan menyampaikan info dalam pengetahuan saya sebagai tugas negara saya.
"Bah kan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah pun ada dalam pengetahuan SPRM.
"Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah haribulan.
"Idris Ahmad harap bersabar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Awal Jumaat, Husam memberitahu media pihak SPRM tidak memaklumkan untuk hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu memaklumkan beliau tidak diberitahu mengenai perkara itu walaupun beberapa pegawai SPRM hadir ke kediamannya di Kelantan pada malam Khamis.
BACA: 'Saya tidak dimaklumkan ke SPRM' - Husam
BACA: Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir di pejabat SPRM Kelantan
BACA: Dana RM90 juta: Siasat parti lain juga - Abdul Hadi
BACA: "Saya kemuka penyata bank dan akaun yayasan kepada SPRM" - Nasharudin
BACA: Pas sedia beri kerjasama berhubung siasatan dana RM90 juta - Mohd Amar
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#akaun
#Husam Musa
#Malaysia
#Nik Abduh Nik Aziz
#PAS
#RM90 juta
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan