DAP bakal bertanding di satu kerusi parlimen dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai.
Pada majlis makan malam dan ceramah DAP Melaka di Jalan Kubu di sini malam ini, Tan mengumumkan seorang calon Melayu iaitu Timbalan Pengerusi DAP Melaka Norhizam Hassan Baktee bertanding di DUN Pengkalan Batu.
Tan turut mengumumkan seorang calon India iaitu Naib Pengerusi DAP Melaka G.Saminatan bakal bertanding di DUN Gadek.
Sementara itu, kerusi Parlimen Kota Melaka akan ditandingi Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong dan Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew kekal bertanding di DUN Bandar Hilir.
DUN Kesidang akan ditandingi Setiausaha Organisasi DAP Melaka Seah Shoo Chin; DUN Kota Laksamana (Bendahari DAP Melaka Low Chee Leong); DUN Ayer Keroh (Kerk Chee Yee yang juga Setiausaha Politik pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang).
DUN Duyong (Anggota Jawatankuasa DAP Melaka Damian Yeo Shen Li); dan DUN Bemban ditandingi Pengerusi DAP Cawangan Bukit Palah, Dr Wong Fort Pin.
Khoo merupakan penyandang kerusi DUN Ayer Keroh dan Tey penyandang kerusi DUN Bandar Hilir, manakala tujuh lagi calon merupakan muka baharu.
Pada Februari tahun lepas, empat pemimpin DAP Melaka bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP iaitu tiga anggota DUN terdiri Lim Jak Wong (Bachang kini Pengkalan Batu); Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.
Keempat-empat mereka mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRU kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
DAP bakal bertanding di satu kerusi parlimen dan lapan kerusi DUN di Melaka pada PRU14, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.
PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.
Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.