PUTRAJAYA: Komited terhadap model Dasar Gaji Progresif, Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengetuai beberapa pelaksanaan fungsi utama di bawahnya, termasuk mengadakan rundingan bersama pihak majikan dan kesatuan sekerja, kata Menterinya V. Sivakumar.
Selain penyediaan garis panduan bagi majikan dan pekerja, Sivakumar berkata pemantauan, penilaian dan koordinasi pembangunan, juga akan dilaksanakan.
"Bagi pembangunan sistem, KSM terlibat dalam proses pendaftaran, pemilihan dan pemantauan syarikat. Bagi peningkatan kemahiran pula, KSM akan melakukan verifikasi latihan, pemeriksaan kualiti latihan, pengawalseliaan, pengauditan dan koordinasi latihan.
"KSM juga akan menyediakan panduan kenaikan gaji tahunan melalui penyediaan cadangan kenaikan gaji tahunan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada 30 Nov lepas membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif, dalam usaha memastikan pekerja mendapat gaji lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.
Ia mengandungi tiga mekanisme utama iaitu dilaksanakan secara sukarela, berteraskan insentif dan peruntukan yang disuntik kerajaan dan tanggungjawab pekerja dalam meningkatkan produktiviti.
Sivakumar berkata kerjasama antara KSM dan Kementerian Ekonomi dalam usaha pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, akan meningkatkan taraf kehidupan pekerja berpendapatan rendah dengan memberikan upah yang lebih baik, yang akhirnya dapat menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2023
Selain penyediaan garis panduan bagi majikan dan pekerja, Sivakumar berkata, pemantauan, penilaian dan koordinasi pembangunan juga akan dilaksanakan. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Empat jawatankuasa ditubuh bagi nilai impak projek rintis Dasar Gaji Progresif
Empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi
Kerajaan tidak boleh mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana perlu mengambil kira kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi negara.
Pandangan kesatuan pekerja penting dalam penggubalan Dasar Sumber Manusia - Cuepacs
Kementerian Sumber Manusia (KSM) diharap sentiasa mengambil kira pandangan kesatuan pekerja terutama dalam menggubal Dasar Sumber Manusia baharu.
Laksana segera projek perintis Dasar Gaji Progresif - Steven Sim
Menteri Sumber Manusia mengarahkan kementerian itu untuk melaksanakan segera projek perintis Dasar Gaji Progresif.
Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Dasar Gaji Progresif: Insentif maksimum RM300 sebulan untuk pekerja syarikat terpilih - Rafizi
Rafizi berkata, Dasar Gaji Progresif dijangka memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja, dengan tambahan nilai KDNK benar sebanyak RM3.3 bilion.
Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun 2024, libatkan 1,000 syarikat
Pemilihan syarikat akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor serta kesaksamaan.
Dasar Gaji Progresif beri manfaat kepada 1.05 juta pekerja - Rafizi
Pelaksanaan inisiatif itu juga dijangka memberi nilai tambahan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar sebanyak RM3.3 bilion.
Majoriti majikan sokong Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Kaji selidik terhadap 2,038 pekerja mendapati sebanyak 60 peratus menyokong pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Dasar Gaji Progresif bukan 'silver bullet' - Azlan
Azlan berkata, ia bagaimanapun memerlukan kepada beberapa langkah lain termasuk saranan menerusi kajian dari institusi seperti BNM.