KUALA LUMPUR: Bilangan keciciran murid sebanyak 100,000 orang yang dianggarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Untuk Malaysia adalah tidak tepat, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus manakala di peringkat sekolah menengah sebanyak 0.99 peratus.
"Ini disebabkan penggunaan kaedah penganggaran dan definisi keciciran yang digunakan adalah berbeza dengan definisi KPM.
"Definisi yang digunakan oleh pertubuhan tersebut merangkumi keciciran murid daripada sistem pendidikan termasuk bilangan murid yang mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi tidak hadir dan gagal mendapatkan sijil," menurut kementerian itu.
Penjelasan KPM ini bagi menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu pelan pemulihan dan bentuk kerjasama antara kementerian mengenai dakwaan pelajar tercicir hampir 100,000 sebagaimana dianggarkan pertubuhan Untuk Malaysia.
KPM memaklumkan definisi keciciran adalah murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.
Kementerian itu antara lain telah menjalankan program outreach murid cicir di semua pejabat pendidikan daerah dengan kerjasama komuniti setempat bertujuan memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali bersekolah.
Hasil daripada pelaksanaan program itu, 5,121 murid sekolah rendah dan 1,711 murid sekolah menengah telah kembali ke sekolah berdasarkan data murid kembali ke sekolah Jabatan Pendidikan Negeri pada 2022., menurut KPM.
Dalam perkembangan lain, KPM memaklumkan 600 calon guru melibatkan pelbagai opsyen mata pelajaran dijangka ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) secara berperingkat tahun ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru.
"KPM dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan pengambilan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu kekurangan guru," menurut kementerian.
Penjelasan itu bagi menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai langkah KPM bagi mengatasi isu kekurangan guru Bahasa Cina dan Tamil di sekolah bantuan kerajaan.
Menurut KPM, antara langkah penyelesaian bagi mengatasi isu tersebut adalah dengan membuat penambahbaikan dalam proses pengambilan guru ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Justeru, KPM telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti PISMP untuk membuat permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sekolah rendah KPM dengan tambahan mata pelajaran elektif seperti Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi serta Pendidikan Jasmani mulai tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus. - Gambar hiasan
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid
Biarpun bilangan murid terlibat hanya sedikit dan tidak membimbangkan namun isu itu tetap perlu diberi perhatian serius.
Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan - Timbalan Menteri
Antara sebab utama murid berhenti adalah tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga, berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak.
RMK12: Sekolah model khas K11 kurangkan keciciran di Sabah, Sarawak
Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) akan dibangunkan di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar keciciran murid.
Data keciciran murid NGO tidak tepat, sekolah rendah 0.07 peratus, menengah 0.99 peratus - KPM
Sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus.
Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang
Antara faktor penyumbang lain adalah kemiskinan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan tidak berminat terhadap pelajaran.
Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah
Langkah itu bagi memastikan murid terlibat dapat dibantu dalam pelbagai aspek.