KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu platform baharu sebagai data pusat untuk menyatukan kesemua bantuan yang diberikan kepada penerima.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana terdapat pelbagai bantuan yang diberikan oleh kementerian yang berbeza menyebabkan berlaku pertindihan.
Menurut beliau, platform tersebut dijangka dibangunkan pada hujung bulan depan untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum menyampaikan bantuan.
“Kita bercadang untuk tubuhkan platform yang mana untuk satukan semua bantuan yang diterima oleh seseorang penerima. Sekarang ini, yang terlibat dalam memberi bantuan melibatkan banyak kementerian dan tiada data pusat.
“Jadi, hujung Oktober ini data berpusat akan selesai dibangunkan dan akan jadi rujukan tunggal untuk kita sampaikan bantuan. Sebelum ini mungkin ada pertindihan bantuan, atau mungkin ada tertinggal. Jadi selepas ini kita harap dapat murnikan kaedah lagi bantuan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kira-kira RM25 bilion telah dibelanjakan setiap tahun dalam menyalurkan pelbagai bantuan termasuk kebajikan, biasiswa, subsidi dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan.
Astro Awani
Mon Sep 27 2021
Mustapa Mohamed berkata, kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu platform baharu sebagai data pusat untuk menyatukan kesemua bantuan yang diberikan kepada penerima. - Gambar BERNAMA
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
KKR mengesyorkan pihak berkaitan supaya mengkaji kaedah bagi memendekkan tempoh mana-mana projek pembinaan di negara ini, yang mengambil masa lama untuk disiapkan demi kepentingan rakyat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.