KUALA LUMPUR: Diet pemakanan kurang garam boleh memberikan perbezaan ketara dalam pengurusan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu keadaan fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur.
Pakar Perunding Nefrologi dan Pemindahan Buah Pinggang Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Rosnawati Yahya berkata, dalam berdepan penyakit CDK, sesetengah diet seperti Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) dan Mediterranean diet juga dapat membantu dalam pengurusan penyakit itu.
Beliau berkata, DASH adalah pelan pemakanan sihat yang dirancang untuk membantu pencegahan dan merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) selain dapat membantu menurunkan kolesterol yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung.
"Diet ini mengutamakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak, ikan, ayam dan kekacang yang kaya dengan mineral seperti kalium, kalsium serta magnesium.
"Ia dapat membantu mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (sodium), gula, dan lemak tepu seperti daging yang berlemak dan produk tenusu berlemak penuh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menjelaskan mengenai penyakit itu, Dr Rosnawati berkata, CKD pada peringkat awal, tidak menunjukan sebarang gejala atau simptom menyebabkan kebanyakan pesakit tidak sedar buah pinggang mereka bermasalah.
Justeru, katanya, langkah pengesanan awal amat penting malah menjadi 'senjata' terbaik untuk melawan CKD.
"Pengesanan awal boleh dilakukan dengan petunjuk seperti proteinuria (paras protein yang tinggi dalam air kencing pesakit) atau penurunan fungsi buah pinggang dengan anggaran kadar penapisan glomerular (eGFR).
"Ini membolehkan doktor menerapkan strategi yang dapat mengurangkan risiko berkaitan dengan masalah kardiovaskular, kegagalan buah pinggang dan kematian," katanya.
Di Malaysia menurutnya, CKD adalah epidemik dan penyakit ini menjejaskan 15.48 peratus masyarakat di negara ini dengan merekodkan peningkatan kes daripada 9.07 peratus pada 2011 kepada 15.48 peratus pada 2018.
Penyakit darah tinggi atau hipertensi, diabetes mellitus, masalah berat badan yang berlebihan, dan peningkatan usia menjadi antara faktor penyumbang tertinggi penyakit ini.
CKD boleh diklasifikasikan kepada lima peringkat, dengan peringkat satu adalah tahap paling ringan dan peringkat lima adalah peringkat terakhir apabila fungsi buah pinggang kurang daripada 15 peratus dan memerlukan rawatan gantian buah pinggang seperti dialisis atau pemindahan buah pinggang. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Diet pemakanan kurang garam boleh memberikan perbezaan ketara dalam pengurusan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu keadaan fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur. - Gambar hiasan
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Diet kurang garam bantu urus penyakit buah pinggang kronik
Diet pemakanan kurang garam boleh memberikan perbezaan ketara dalam pengurusan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu keadaan fungsi buah pinggang merosot secara beransur-ansur.
Mengekalkan keseimbangan kandungan air penting untuk kesihatan
Dalam menampilkan gaya hidup yang sihat, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan kandungan air yang betul dalam kulit, bagi mengelak kesan buruk terhadap kesihatan.
Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal
Jaga pemakanan dan imbangi dengan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.
"Suami suka wife chubby" - Linda Rafar
Pelakon Linda Rafar mendedahkan suaminya, Syed Aiman yang juga seorang aktor tidak mahu dia bertubuh kurus.
Tambah sejam waktu tidur mampu turunkan berat badan - Kajian
Saintis Universiti Chicago memulakan penyelidikan untuk mengenal pasti kesan tidur terhadap pengambilan kalori.
Diabetes: Ramai ambil mudah sebab hanya 'nampak' apabila sudah mudarat - Pakar
Sikap ambil mudah menjadi penyebab angka penghidap penyakit diabetes di Malaysia terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Rambut mahkota wanita, atasi masalah kulit kepala agar kekal bersih dan sihat
Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan.
Ibu bakal bersalin, nak berpantang sendiri wajib ambil tahu beberapa perkara ini!
Terpulang kepada anda sama ada ingin menggunakan cara berpantang moden atau tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.
'Burnt out' sepanjang 'lockdown', malas bersenam? Ini langkah tingkatkan motivasi diri
Melihatkan jumlah kes yang agak menggila sekarang pasti ramai rasa 'down' dan tiada motivasi melakukan pelbagai perkara.
Kopi, teh bukan untuk kanak-kanak! Ini punca berat anak tak naik
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika perlu, beri dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, dan ais krim buah.