awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doa Nurul Izzah, Anwar buat Allahyarham Cikgu Nur Anisah

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2020
04:36 MYT
Doa Nurul Izzah, Anwar buat Allahyarham Cikgu Nur Anisah
Allahyarham Nur Anisah Othman(tengah) terkorban dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Lio Mato, Baram, Sarawak. - Foto Instagram
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengutuskan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Nur Anisah Othman, 29, yang terkorban dalam kemalangan di Miri.
Menerusi twitternya Nurul Izzah mendoakan agar Allah mengurniakan syurga firdaus kepada Allahyarham yang beliau gelar sebagai pendidik tersayang.
Semoga Allah SWT mengurniakan jannatul firdaus buat pendidik tersayang, Allahyarhamah Anisah Othman https://t.co/NRUR6cxzOK
— Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) September 5, 2020
Tidak ketinggalan Presiden Parti Keadilan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam catatan di Instagramnya mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini.
View this post on Instagram
Jiran saya di Cherok Tok Kun Cikgu Nuranisah Bt Othman dikhabarkan telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya dari SK Lio Mato, Baram. Mendoakan agar allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Semoga keluarga kuat dan tabah saat ditimpa ujian ini.
A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on
Sep 4, 2020 at 7:53pm PDT
Allahyarham yang dilahirkan dan dibesarkan di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam merupakan jiran kepada keluarga Anwar.
Nur Anisah guru Sekolah Rendah Kebangsaan Lio Mato, Baram, Sarawak maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Long San kira-kira 220 kilometer dari Miri.
Nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas tamat tempoh kuarantin di sebuah hotel.
Tiga rakannya hanya mengalami kecederaan.
Baca: 'Arwah hanya berkurung dalam bilik ketika pulang kampung'
Nur Anisah yang baharu berkahwin setahun lalu telah enam tahun mengajar di Sarawak. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Cerok Tok Kun, jam 2 pagi Ahad.
Baca: Jenazah guru maut kemalangan di Miri selamat dikebumikan
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Baram
#jenazah
#keluarga
#kemalangan
#maut
#meninggal dunia
#Miri
#Nahas
#Nur Anisah Othman
#Nurul Izzah
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#Permatang Pauh
#Sarawak
#SK Lio Mato
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan