Selepas tempoh perkhidmatan Datuk Zamri Man sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan mulai 17 Feb lepas atas faktor kesihatan, siapakah yang akan menggantikan tempat beliau?
Beberapa nama pernah dikaitkan dengan jawatan itu sebelum ini.
Antara nama yang disebut-sebut ialah Datuk Abdul Rahim Md Ariff, bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh.
Bagaimanapun, cakap-cakap itu tidak menjadi kenyataan apabila Abdul Rahim bersara dari perkhidmatam awam, baru-baru ini.
Selepas itu, timbul desas desus mengaitkan nama Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.
Dr Ahmad Fadzli pernah dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Perak.
Beliau juga pernah hadir dalam Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Perak di sini November tahun lalu, yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan pada Rabu berkata, Zamri telah ditempatkan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Feb bagi menjalani rawatan pemulihan.
BACA: Perkhidmatan Zamri sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan atas faktor kesihatan
BACA: Perak bakal lantik Datuk Bandar Ipoh baharu
"Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti calon pengganti yang bersesuaian dan akan melaksanakan pengisian jawatan tersebut dalam masa terdekat," kata JPA.
Justeru, dakwaan bahawa Zamri akan disingkirkan daripada jawatan itu kerana menghilangkan diri selama beberapa bulan adalah tidak tepat.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Apr 24 2019
Timbul desas desus mengaitkan nama Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dr Ahmad Fadzli Datuk Bandar Ipoh yang baharu?
Selepas tempoh perkhidmatan Datuk Zamri Man sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan atas faktor kesihatan, siapakah yang akan gantikan beliau?