awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ADUN Pas antara lima angkat sumpah Exco Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/12/2020
09:24 MYT
Dua ADUN Pas antara lima angkat sumpah Exco Perak
Selepas pelantikan 10 Exco itu bermakna kesemua sembilan Exco lama dikekalkan dengan tambahan Zainol Fadzi. - Foto Astro AWANI
IPOH:Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, termasuk dua daripada Pas, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh pada Selasa petang.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas itu, Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamarudin (Selama) mengangkat sumpah bersama-sama Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.
Istiadat angkat sumpah dihadiri Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Pada 10 Disember lalu, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14.
Ia disusuli dengan lima Exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Mereka merupakan empat ADUN dari UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).
Sementara mewakili Bersatu pula adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Selepas pelantikan 10 Exco itu bermakna kesemua sembilan Exco lama dikekalkan dengan tambahan Zainol Fadzi.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAS
#Sultan Perak
#Menteri Besar
#ADUN
#Malaysia
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#politik perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan