Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji dua fokus utama dalam usaha untuk menggalakkan kebebasan media yang lebih baik di Malaysia, kata menterinya, Gobind Singh Deo.
"Kita perlu memperakui bahawa kita perlu berusaha lebih banyak untuk meneruskan agenda pembaharuan berhubung media dan kebebasan media.
"Dua bidang utama yang saya melihat ialah memastikan kesemua undang-undang yang perlu dipinda dan dimansuhkan dilakukan secepat mungkin dan juga penubuhan Majlis Media," katanya kepada media Malaysia di sini, pada Khamis.
Gobind sebelum itu berucap pada sesi pleno Persidangan Global Bagi Kebebasan Media, yang julung kali diadakan, di sini pada Rabu dan Khamis.
Dalam ucapannya bertajuk "Apakah Kebebasan Media: Mengapa ia Penting?", menteri itu berkata kerajaan baharu Malaysia telah menjanjikan lebih banyak ketelusan dan akauntabiliti dan menghapuskan undang-undang bercorak menindas yang pernah digunakan sebelum ini untuk menghalang media dan pandangan bertentangan.
"Salah satu janji pertama yang ditunaikan ialah memansuhkan akta kontroversial. Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018,yang didapati digubal secara tergesa-gesa oleh kerajaan terdahulu untuk mengetatkan kawalan terhadap media, pembangkang dan masyarakat sivil.
"Walaupun rang undang-undang itu ditolak di Dewan Negara, undang-undang itu hari ini tidak lagi diguna pakai di Malaysia, " katanya.
Mengenai Majlis Media, Gobind berkata, kerajaan sedang dalam proses mengadakan rundingan dan mendapatkan maklum balas menerusi perbincangan dengan pengamal media, wartawan, organisasi media, kesatuan, kumpulan masyarakat sivil dan kumpulan lain yang mempunyai kepentingan.
Majlis Media berperanan sebagai badan pengawalseliaan sendiri yang bebas untuk mendukung standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme dan menyediakan ruang untuk arbitrasi aduan awam.
Anggota panel sesi pleno tersebut termasuk peguam hak asasi manusia terkenal antarabangsa, Amal Clooney, Wakil Khas Mengenai Kebebasan Media di Pejabat Hal Ehwal Luar United Kingdom (UK) dan Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.
Anggota lain termasuk Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Rudiantara dan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik laman berita dalam talian, Rappler, Maria Ressa.
Persidangan yang dianjurkan oleh kerajaan Kanada dan UK itu dihoskan Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland, dan Setiausaha Luar UK, Jeremy Hunt.
Persidangan itu merupakan sebahagian daripada kempen antarabangsa untuk menyerlahkan perhatian global terhadap kebebasan media.
Acara berkenaan mengumpulkan lebih 1,000 tetamu termasuk menteri dan pegawai kerajaan, komuniti diplomatik, agensi antarabangsa, wartawan, masyarakat madani dan ahli akademik.
Antara lain, persidangan itu meneliti cabaran yang dihadapi kebebasan media dan peluang yang akan diwujudkan untuk persekitaran yang lebih selamat bagi wartawan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2019
Gobind semasa berucap pada sesi pleno Persidangan Global Bagi Kebebasan Media di London. --fotoBERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia.
Dua bidang utama jadi fokus untuk kebebasan media - Gobind
Katanya, kerajaan baharu menjanjikan lebih banyak ketelusan dan akauntabiliti dan menghapuskan undang-undang bercorak menindas yang pernah digunakan sebelum ini.
Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata parti itu amat memerlukan agenda pembaharuan dan hala tuju yang baharu selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.