awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua dos vaksin untuk pastikan keberkesanan jangka panjang - Dr Noor Hisham

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/03/2021
06:03 MYT
Dua dos vaksin untuk pastikan keberkesanan jangka panjang - Dr Noor Hisham
Biarpun dos suntikan pertama mencapai kira-kira 89 peratus berkesanan, tidak diketahui jika ia mampu kekal tanpa dos suntikan kedua. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Pengambilan dua dos vaksin COVID-19 jenama COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection keluaran Pfizer-BioNTech adalah untuk memastikan keberkesanan jangka panjang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata biarpun dos suntikan pertama mencapai kira-kira 89 peratus berkesanan, tidak diketahui jika ia mampu kekal tanpa dos suntikan kedua.
"Berdasarkan pemerhatian dalam kajian klinikal tersebut, keberkesanan vaksin COMIRNATY telah ditunjukkan bermula dari hari ke-12 selepas pemberian dos pertama dan mencapai kira-kira 89 peratus keberkesanan di antara hari ke-14 dan 21, iaitu pada masa dos kedua akan diberikan.
"Pada masa ini, keberkesanan jangka panjang untuk pemberian satu (1) dos vaksin COMIRNATY tidak diketahui kerana penerima vaksin dalam kajian klinikal tersebut menerima dua (2) dos dengan selang masa antara 19 hingga 42 hari.
"Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa peningkatan ketara antibodi yang berkebolehan memberi keberkesanan jangka panjang seseorang adalah selepas dos kedua.
"Kelewatan mendapatkan dos kedua mungkin akan melambatkan penghasilan antibodi yang optimum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu berhubung keperluan untuk mengambil dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech memandangkan dos pertama memiliki tahap keberkesanan yang tinggi.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
Topic Berkaitan
#Pfizer-BioNTech
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#vaksin
#kesihatan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan