SIBU: Seorang lelaki warga emas serta rakannya maut terkena renjatan elektrik apabila lori membawa jengkaut yang dinaiki mereka tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Semalau, Tanjung Manis, kira-kira 100 kilometer dari sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata mangsa Hi Sieh King, 61, manakala rakannya lelaki warga Indonesia belum dikenal pasti identitinya.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah lori di Jalan Semalau menghala ke Kampung Jerijih pada 9.15 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang jaraknya 18 kilometer.
"Setibanya di lokasi kejadian terdapat jengkaut yang dibawa sebuah lori tersangkut pada kabel aliran elektrik dan tayar depan sebelah pemandu lori berkenaan terbakar. Didapati dua mangsa terbaring di bawah tepi lori sebelah pemandu dipercayai terkena renjatan elektrik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya operasi pemadaman bagimanapun tidak dapat dilakukan serta-merta kerana masih ada aliran elektrik pada kedua-dua kenderaan tersebut sehingga mendapat makluman daripada syarikat pembekal elektrik Sarawak bahawa bekalan elektrik telah diputuskan.
Katanya pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis daerah Belawai untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Seorang lelaki warga emas serta rakannya maut terkena renjatan elektrik apabila lori membawa jengkaut yang dinaiki mereka tersangkut pada kabel elektrik. - Gambar hiasan
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik
Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7.
Remaja maut terkena renjatan elektrik
Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7 di sini pada Isnin.
Nelayan maut terkena renjatan elektrik
Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan
Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di George Town Pulau Pinang.
Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah
Hasrat seorang lelaki untuk menyiapkan aras atas rumahnya yang dibina sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik.
Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh
Penemuan itu adalah hasil siasatan pihak suruhanjaya selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'
Diana Ismail mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.
Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik
Kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 14 tahun itu merupakan pekerja gerai berkenaan.
Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian
Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di Thailand.
PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen
Suruhanjaya Tenaga menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri diadakan.