Dua maut, lima cedera nahas di Jalan Mawai-Kuala Sedili

Kedua-dua pemandu, masing-masing lelaki berusia 71 dan 29 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Gambar/ PDRM
KOTA TINGGI: Dua lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 18, Jalan Mawai-Kuala Sedili, tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Dua lelaki berusia 71 dan 29 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan membabitkan Proton Waja dan Perodua Alza di Kilometer 18, Jalan Mawai-Kuala Sedili, tengah hari tadi.
- Lima penumpang warga tempatan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi; siasatan awal mendapati kereta Proton Waja hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV.
- Operasi menyelamat melibatkan 11 anggota bomba dan EMRS berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, dengan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.43 petang; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Lima penumpang warga tempatan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Yusof, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Penawar dalam kenyataan memaklumkan sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Faizal Ahmad, berkata pasukan keluaran operasi bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas serta membantu petugas Kementerian Kesihatan memberikan rawatan awal di tempat kejadian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


