awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan di Simpang Pulai

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
11/04/2016
05:13 MYT
Dua maut, seorang cedera dalam kemalangan di Simpang Pulai
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 279, Simpang Pulai pada awal pagi Isnin. - Foto Astro AWANI
Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 279, Simpang Pulai pada awal pagi Isnin.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Rozmi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 3.21 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
"Sesampainya di tempat kejadian kami mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi telah terbabas dan menyebabkan dua orang maut di tempat kejadian.
"Salah seorang mangsa tersepit di bahagian kaki dan mengalami kecederaan manakala dua orang maut di tempat kejadian," katanya kepada dihubungi Astro AWANI pada pagi Isnin.
Jelasnya, pihak perubatan mengesahkan dua maut di tempat kejadian akibat impak kuat kemalangan tersebut.
Katanya, anggota bomba dan penyelamat bertindak mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit di bahagian kerusi penumpang dan menyerahkannya kepada pihak ambulans bagi rawatan lanjut.
Rozmi berkata mangsa yang meninggal dunia turut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
"Operasi mengambil masa sekitar empat jam dan tamat sepenuhnya pada pukul 6.37 pagi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#berita kemalangan
#kemalangan jalan raya
#simpang pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan