Dua nelayan warga Vietnam yang dipercayai terapung lebih dua hari di laut berjaya diselamatkan di satu lokasi kira-kira 45 batu nautika dari sini, pada Selasa.
Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berkata nelayan dikenali sebagai Nguyien Vam Le, 18, dan rakannya, Do Klen Luong, 22, itu dipercayai melarikan diri dari kapal mereka kerana tidak tahan lagi bekerja selepas 15 hari berada di lautan.
"Buat masa ini mereka akan dirujuk kepada kedutaan Vietnam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai alamat dan waris serta keluarga yang terdekat untuk dihubungi bagi memaklumkan mengenai keadaan mereka berdua," katanya kepada Bernama.
Katanya, kedua-dua nelayan terbabit juga tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang jenayah ketika ditemui.
Dalam pada itu, Kapten bot 'Pelican Calm' Edy Bachtiar H. Silitonga, 35, seorang warga Indonesia berkata kru bot itu melihat dua lelaki terapung di laut tanpa jaket keselamatan dan pelampung serta melambai-lambai dan menjerit meminta tolong.
Katanya, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan keletihan, lesu, kelaparan dan pucat ekoran berada di lautan lebih daripada dua hari.
Kedua-dua mangsa katanya diberi makanan dan minuman serta pakaian sebelum diserahkan kepada pihak APMM untuk tindakan lanjut sebaik sahaja tiba di jeti Pulau Duyong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018
Kapten Kapal Pelican Calm, Edy Bachtiar H. Silitonga (dua, kiri) berbual bersama nelayan Vietnam, Nguyien Vam Le (dua, kanan) dan Do Klen Luong (kanan) yang diselamatkan dan diserahkan kepada APMM Kuala Terengganu, 25 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Maritim Malaysia buka kertas siasatan tragedi bot terbalik
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah membuka keratas siasatan berhubung tragedi bot terbalik di perairan Kemasin.
Dua nelayan Vietnam selamat selepas terapung dua hari di laut
Nelayan dikenali sebagai Nguyien Vam Le, 18, dan rakannya, Do Klen Luong, 22, itu dipercayai melarikan diri dari kapal mereka kerana tidak tahan lagi bekerja selepas 15 hari berada di lautan.
TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain.
Ujian histopatologi ikan paus siap dua hingga tiga minggu
Ujian tersebut melibatkan tisu yang diambil dari bangkai ikan paus berkenaan untuk mengetahui punca kematian, sama ada ianya melibatkan penyakit dalaman.
Bangkai ikan paus ditemui di Batu Pahat dibawa ke Jabatan Perikanan untuk dibedah siasat
Bangkai ikan paus yang terdampar di muara sungai Sarang Buaya, Batu Pahat, dipercayai merupakan ikan paus yang sama tersangkut di Perairan Pantai Rambah Pontian beberapa hari lalu.
Jerebu: Pesawat Bombardier CL415 MP akan dihantar semula ke Indonesia
Kerajaan Malaysia sedia menghantar semula pesawar Bombardier CL415 MP dalam usaha membantu memadam kebakaran di Indonesia.
Kapal tangki MT Jaoquim dilapor hilang di perairan Selangor
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) enggan memberikan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut dan akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini.
TLDM keluarkan dua mayat dari kapal karam Ocean Line
Dua mayat warganegara China yang berjaya dikeluarkan penyelam TLDM dari kapal Ocean Line 208 hari ini.
APMM menahan lebih 100 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia menahan seramai 128 orang pendatang tanpa izin yang dipercayai warga negara Myanmar di perairan Langkawi di sini semalam