awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja kilang direman bantu siasatan pencemaran bau Sungai Gong

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2020
05:47 MYT
Dua pekerja kilang direman bantu siasatan pencemaran bau Sungai Gong
Terdahulu kedua-dua pekerja kilang berkenaan yang berusia 20 dan 57 tahun itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang sekitar 9.15 pagi tadi. - Foto BERNAMA
Dua pekerja sebuah kilang ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang.
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 12 September depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nik Mohd Fadzli Nik Azlan di sini.
Terdahulu kedua-dua pekerja kilang berkenaan yang berusia 20 dan 57 tahun itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang sekitar 9.15 pagi selepas ditahan semalam di sebuah premis di Jalan Batu Arang, Rawang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
ANDA MUNGKIN BERMINAT
Krisis air: Pemilik premis disyaki cemar Sungai Gong direman 6 hari
Pada 5 September lepas, empat pengurus kilang direman enam hari sehingga Khamis ini berhubung kejadian sama mengikut seksyen serupa.
Pada Khamis lepas sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan air selepas empat loji rawatan air (lRA) dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor.
Siasatan mendapati pencemaran berpunca dari kilang penyelenggaraan jentera berat itu.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#GLC
#kerajaan
#Klang
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#menteri
#pencemaran air
#Rawang
#reman
#Selayang
#siasatan
#Sungai Gong
#Sungai Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan