awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duduk rumah, beri ruang KKM kurangkan pesakit khususnya di ICU - Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/05/2021
13:47 MYT
Duduk rumah, beri ruang KKM kurangkan pesakit khususnya di ICU - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada KKM merawat pesakit COVID-19 yang sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal untuk melakukan kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah bagi tempoh dua minggu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada KKM merawat pesakit COVID-19 yang sedia ada.
“Kita minta dalam tempoh dua minggu ini duduklah di rumah. lakukan kawalan kendiri dan kalau kita berjaya lakukan ia mampu putuskan rantaian COVID-19 untuk tempoh tersebut.
“Yang bergerak itu manusia dan yang berhimpun itu juga manusia tetapi virus tidak bergerak dan semua itu manusia.
“Apa yang lebih penting adalah untuk memberi ruang kepada KKM untuk pertingkat keupayaan dan kesiapsiagaan kita di hospital dan mengurangkan kes COVID-19 khususnya di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menggalakkan orang ramai khsusnya majikan untuk melakukan ujian saringan di fasiltiti swasta yang melibatkan saringan jenis RT-PCR dan juga RTK-Antigen.
Jelasnya lagi, fasiliti swasta setakat ini masih terdapat keupayaan sebanyak 70 peratus untuk meningkatkan kadar ujian saringan.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#KKM
#kesihatan
#rakyat Malaysia
#COVID-19
#ujian saringan
#duduk rumah
#kawalan kendiri
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan