awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
12/04/2019
03:48 MYT
ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis
DR ZAKARIAH: Pelbagai kajian sebelum ini membuktikan kewujudan ECRL memberi lebih banyak faedah kepada rakyat di sepanjang jajaran rel berkenaan. -Gambar fail
Perjanjian mengenai Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka ditandatangani akan membuka peluang ekonomi terutama kepada penduduk di Pantai Timur.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emiratus Dr Zakariah Abdul Rashid menjelaskan pelbagai kajian sebelum ini membuktikan kewujudan ECRL memberi lebih banyak faedah kepada rakyat di sepanjang jajaran rel berkenaan.
Katanya, persoalan kos tinggi yang dikatakan juga harus diselesaikan segera di antara Malaysia dan China.
"Dengan adanya perhubungan antara Kuala Lumpur, Lembah Klang dengan Pantai Timur tentunya ia memberikan faedah kepada pembangunan pertanian di Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga memberikan juga faedah kepada pembangunan pelancongan yang lebih baik.
"Ia bawa limpahan ekonomi kepada perindustrian perkilangan di kawasan tersebut, banyak pengalaman negara lain apabila kawasan tertutup ini dibuka dengan laluan rel ini dapat membuka wilayah itu dengan lebih maju lagi.
"Ini meningkatkan pendapatan penduduk Pantai Timur yang kita tahu sekatang ini dari segi pendapatan rendah isi umah. Mereka dalam golonga B40, jadi projek ini amat baik jika dijelmakan," katanya ketika dihubungi, di sini, pada Jumaat.
BACA: Perjanjian ECRL dijangka ditandatangani Malaysia-China pada Jumaat
BACA: Jajaran ECRL akan diubah - Anthony Loke
Perjanjian mengenai ECRL dijangka ditandatangani di antara Malaysia dan China di Beijing pada Jumaat, lapor akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber dalaman.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin sudah tiba di Beijing dan sedang berunding mengenai perincian perjanjian berkenaan dengan China.
Tun Daim juga dijangka mengadakan sidang media berkenaan jam 2 petang Jumaat dari Kedutaan Malaysia di Beijing bagi mengumumkan perincian perjanjian berkenaan.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan jajaran projek ECRL disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China.
Topic Berkaitan
#Beijing
#CEP
#Daim Zainuddin
#ECRL
#Pantai Timur
#peluang ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan