KUALA LUMPUR: Ekonomi digital dan hijau serta integrasi lebih kukuh bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia ke dalam rantaian bekalan global adalah antara topik utama yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Suruhanjaya Ke-7 Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), mesyuarat itu akan diadakan dari 15-16 Julai 2023 di Auckland, New Zealand, dan delegasi Malaysia akan diketuai oleh Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Selain ekonomi digital dan ekonomi hijau, MITI mahu memastikan manfaat daripada CPTPP turut dinikmati rakyat dan perniagaan Malaysia, khususnya PKS yang mesti diintegrasikan dengan lebih baik ke dalam rantaian bekalan global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mesyuarat itu juga dijangka menyaksikan penyertaan United Kingdom sebagai anggota ke-12, menyertai Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
Pada mesyuarat di New Zealand, para menteri CPTPP akan meneruskan penglibatan mereka untuk memastikan pelaksanaan efektif CPTPP yang ditandatangani pada 8 Mac 2018 di Santiago, Chile.
Sebagai pengerusi CPTPP untuk 2023, New Zealand dijangka memacu perbincangan mengenai bidang tumpuan keutamaan CPTPP, terutamanya memajukan ekonomi hijau dan meningkatkan kemudahan ekonomi digital, termasuk pentadbiran dan proses kastam.
Tengku Zafrul juga dijadualkan mengadakan penglibatan dua hala dengan rakan sejawatan dari New Zealand, Kanada dan Jepun untuk membincangkan hal perdagangan dan pelaburan yang mempunyai kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Selain ekonomi digital dan ekonomi hijau, MITI mahu memastikan manfaat daripada CPTPP turut dinikmati rakyat dan perniagaan Malaysia. - MITI
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
PM Srettha lancar "Wawasan Thailand 2030"
Perdana Menteri Srettha Thavisin pada Khamis melancarkan "Wawasan Thailand 2030" yang bermatlamat menjadikan Thailand sebagai hab perindustrian global dalam lapan sektor.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
Ekonomi digital tarik 70 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan RM225 bilion Malaysia
Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasa AI dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara.
Negeri Sembilan bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik selepas PRU15 - Aminuddin
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinannya kini bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Thailand sasar pelabur Jepun dan bakat digital bagi tingkatkan ekonomi digital
Thailand berharap dapat menarik pelabur Jepun dan bakat digital terutamanya membabitkan pusat data dan 'cloud services'.
MY TouristPay, aplikasi transaksi e-pembayaran tanpa sempadan pertama dunia
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong.
Aplikasi MY TouristPay mudahkan pelancong asing bayar dengan cepat, selamat
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.
Kemahiran teknologi tinggi, inovatif dibawa ke luar bandar melalui PEDi - MCMC
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) membolehkan pengetahuan dan kemahiran teknologi tinggi serta inovatif dikongsikan kepada penduduk bandar.