Ekonomi negara diyakini akan terus kukuh selain kekal kompetitif dan berdaya saing di masa akan datang.
Keyakinan disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang turut mempertikaikan unjuran negatif agensi penarafan Fitch Ratings baru-baru ini terhadap Malaysia.
Abdul Wahid berkata Fitch mempunyai pandangannya sendiri terhadap Malaysia yang dilihat tidak seiring dengan agensi penarafan lain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Fitch yang mengatakan berkemungkinan akan menurunkan penarafan kredit Malaysia.
Malah Wahid juga yakin pasaran tidak akan terkesan dengan penarafan negatif agensi itu.
“Kita tidak bergantung kepada mana-mana agensi dan tugas kita adalah memastikan bahawa ekonomi kita terus mantap dan struktur kewangan kita terus kukuh dan asas kepada struktur ekonomi yang berdaya saing,” kata Abdul Wahid.
Ketika ini, Fitch memberikan penarafan A- terhadap Malaysia dan mungkin akan menurunkannya dalam jajaran BBB.
Untuk rekod, agensi penarafan terkemuka Moody's Investors Service pula baru-baru ini memberi pengesahan terhadap bon kerajaan dan penarafan A3 terhadap Malaysia dengan unjuran yang positif.
Wahid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan hadiah kepada majikan terbaik pada majlis Aon Hewitt Best Employers - Malaysia 2015, di sini hari ini.
Melissa Ong
Thu Mar 19 2015
Abdul Wahid berkata fitch mempunyai pandangannya sendiri terhadap Malaysia yang dilihat tidak seiring dengan agensi penarafan lain. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjimatan Kerajaan akan dilaburkan untuk infrastrutur, bantuan sosial rakyat – Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penjimatan daripada penyasaran semula subsidi akan digunakan untuk dilaburkan kepada infrastruktur awam dan bantuan sosial rakyat. Jelasnya, Kerajaan tidak lokek untuk berbelanja lebih namun perlu memastikan pengurusan fiskal yang lebih berdisiplin. #AgendaAWANI
Budi Madani RM200 cukup untuk tampung kenaikan harga diesel – Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pemberian RM200 melalui Budi Madani susulan penyasaran semula subsidi adalah cukup untuk menampung perbezaan harga baharu diesel. Jelasnya, pemberian tersebut bertujuan membantu meringakan beban, bukan untuk beri diesel percuma kepada pengguna. #AgendaAWANI
Rasionalisasi Subsidi: Kenderaan diesel tambah 3 peratus, tetapi penggunaan naik 70 peratus – Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata data menunjukkan penggunaan diesel yang diberi subsidi naik 70 peratus antara 2019 hingga 2023, sedangkan kenderaan diesel hanya naik 3 peratus. Jelasnya, ini menunjukkan ketirisan yang besar berlaku dan memerlukan kepada pembetulan melalui rasionalisasi subsidi. #AgendaAWANI
Malaysia, New Zealand zahir komitmen tingkat kerjasama pelbagai bidang
Malaysia dan New Zealand menzahirkan komitmen dalam memperkasakan dan mengembangkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.
Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan
Kesemua mereka itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana yang berfungsi sebagai pusat panggilan.
36 tahun tanpa piala, adakah kemarau The Oranje bakal berakhir?
Belanda merupakan antara pasukan pilihan namun teserah kepada Koeman untuk menerapkan taktikal terbaik buat pasukan, memanfaatkan segala kelebihan pemain yang ada.
Pelajar cemerlang SPM dipelawa, negara maju jadi contoh
Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM turut dipelawa menyertai kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 17 Jun
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.
Polis tangkap dua lelaki bantu siasatan
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya seperti yang tular menerusi media sosial.
Pelaburan Google buka ruang limpahan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia - Penganalisis
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.
Ekonomi Sarawak baik bukan kerana nasib tapi usaha gigih - Abang Johari
Kedudukan ekonomi Sarawak yang baik ketika ini bukan disebabkan nasib tetapi hasil kegigihan usaha gandingan pemimpin dan rakyatnya.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Pengenalan Akaun 3 oleh KWSP menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.