IPOH: Seramai empat lelaki warga tempatan ditahan susulan insiden kekecohan dalam kalangan penyokong ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya berkata, kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Keadaan telah dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas di tempat kejadian.
"Seramai empat orang lelaki warga tempatan dalam lingkungan umur 18 hingga 26 tahun telah ditangkap kerana terlibat dalam kekecohan tersebut.
“Ujian saringan air kencing ke atas salah seorang tangkapan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja).
“Kesemua yang ditangkap dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu katanya, pihak polis juga sedang mengesan individu-individu lain yang turut terlibat dalam kekecohan tersebut.
Justeru, Yahaya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, ASP Chua di talian 012-6195312, bagi membantu siasatan.
Semalam, media melaporkan berlaku kekecohan antara penyokong Perak FC dan Selangor FC ketika perlawanan berlangsung membabitkan dua pasukan itu.
Insiden tumbuk-menumbuk antara penyokong itu turut dirakam beberapa pengguna media sosial dan video berkenaan tular di laman Twitter, Facebook dan WhatsApp sejak malam tadi.
Amirrul Rabbani
Sun May 21 2023
Insiden tumbuk-menumbuk antara penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Perak malam tadi berjaya dileraikan anggota pasukan keselamatan. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Pilihan Raya Iran: Diadakan 28 Jun ini susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
Selepas meneliti masa proses pemilihan, ketua-ketua cabang kuasa Iran memutuskan pada 28 Jun ini sebagai tarikh pemilihan untuk menentukan presiden baharu.
Empat mengaku salah masak di stesen minyak, didenda RM500 seorang
Empat tertuduh itu mengaku bersalah atas pertuduhan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.
'Flashmob' bertukar kecoh, penyokong Pas, BN bertengkar
'Flashmob' yang diadakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan, petang Jumaat bertukar kecoh.
Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sukan SEA: Situasi tegang, Thai FA mohon maaf, janji ambil tindakan
Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) memohon maaf susulan kekecohan ketika perlawanan akhir Sukan SEA ke-32 menentang Indonesia yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada Selasa.
Gara-gara promosi baju raya RM1, butik di Shah Alam kecoh diserbu ratusan pelanggan
Gara-gara mempromosikan jualan baju berharga RM1 bagi 100 pelanggan pertama, sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam diserbu lebih 500 orang sehingga berlaku kekecohan, semalam.
Serangan siber di hospital terkemuka India
Pendaftaran dalam talian pesakit disambung semula selepas Institut Sains Perubatan All India dapat mengakses pelayannya.
Bunyi bising pergaduhan rupanya rumah terbakar
Lima buah rumah terbakar hampir 95 peratus manakala sebuah lagi membabitkan kemusnahan 30 peratus.
PRU15: Kekecohan pusat mengundi, tiga kertas siasatan dibuka
Kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh.
PRU15: Kekecohan tular bukan di pusat mengundi, berpunca masalah dalaman parti - Polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku hari ini, namun tiada kaitan dengan proses mengundi.
PRU15: Isu kekecohan, calon BN Permatang Pauh sedia bekerjasama dengan polis
Isnin lalu, penganjur tapak pasar malam Penanti bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd Zaidi di laluan masuk pasar terbabit.
PRU15: Kempen calon BN di Permatang Pauh terpalit dengan kekecohan
Kempen PRU15 di Permatang Pauh dicemari insiden kekecohan di Pasar Malam Penanti membabitkan penganjur tapak pasar malam dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.