KUALA LUMPUR: Enam perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.
“Ramai mesti tidak tahu, minggu ini sahaja terdapat enam perayaan telah disambut di negara ini. Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan bernilai kepada kita semua.
“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam ciapan menerusi akaun X milik beliau.
Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing.
Semalam, masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields di sini dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata acara yang diraikan bersama itu perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Aaron berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing menerusi platform X beliau.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Kerajaan sasar buka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti tahun ini - Aaron
Kerajaan menyasarkan untuk membuka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti (CMC) tahun ini bagi melengkapi jumlah sedia ada.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu Sabtu ini
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan akan diadakan pada Sabtu ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron
Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Sistem e-Sepakat kesan 47 isu berkaitan 3R pada suku pertama 2024
Sistem e-Sepakat telah mengesan 47 isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) pada suku pertama tahun ini berbanding 21 isu pada tempoh sama tahun lepas.
123 peratus isu 3R direkod pada suku pertama 2024
Aaron Ago Dagang berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan PDRM, sebanyak 162 kes dicatatkan di seluruh negara yang melibatkan pergaduhan antara kaum.
Hati-hati keluar kenyataan, ambil tindakan berkaitan sensitiviti agama dan kaum - Aaron
Rukun Negara adalah prinsip asas yang sepatutnya menjadi panduan bagi pembinaan serta pemeliharaan keharmonian di Malaysia.
JPNIN peruntuk RM30.07 juta sedia kemudahan tadika, taska perpaduan tahun ini
Peruntukan itu meliputi penyediaan buku aktiviti, kit pemula seperti baju seragam dan beg sekolah serta perlindungan insurans.