MARCUS Rashford akan terlepas beberapa perlawanan bersama Manchester United, demikian disahkan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Rashford mengalami kecederaan otot ketika United menewaskan Everton 2-0 hujung minggu lalu.
United mengesahkan bahawa penyerang itu bukan hanya akan terlepas perlawanan suku akhir pertama Liga Europa (UEL) menentang Sevilla awal pagi esok, bahkan dia juga akan terlepas beberapa perlawanan lain selepas itu.
Pemain berusia 25 tahun itu sedang menikmati musim terbaiknya bersama The Red Devils, di mana dia menjaringkan 28 gol daripada 47 penampilan tetapi kini perlu berehat untuk beberapa perlawanan.
Kelab itu berkata: "Marcus Rashford tidak dapat beraksi dalam perlawanan suku akhir UEL menentang Sevilla pada Khamis ini (awal pagi Jumaat) kerana kecederaan otot.
"Penyerang itu keluarkan pada minit ke-80 ketika kemenangan 2-0 ke atas Everton di Old Trafford pada Sabtu lalu dan segera menuju ke bilik persalinan untuk mendapatkan rawatan.
"Ujian lanjut mendapati Marcus tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan tetapi dia dijangka akan dapat kembali sewaktu musim ini masih berjalan."
Pengurus United, Erik ten Hag, berkata dalam laman web pasukan itu bahawa dia yakin pemain lain mampu menggalas tugas sebagai penjaring gol dengan antara yang memiliki rekod jaringan terbaik selepas Rashford ialah Bruno Fernandes (10 gol), Antony (7), Anthony Martial (7) dan Fred (6).
"Kami memiliki ramai pemain dalam skuad ini yang boleh menjaringkan gol.
"Saya fikir kami memiliki penjaring gol seperti Bruno, Jadon Sancho, Anthony Martial, Scott McTominay dan Antony.
"Kami memiliki pemain yang mencukupi dan mampu menjaringkan gol, itu sudah pasti," katanya.
Selepas menghadapi Sevilla di Old Trafford, United kemudian akan bertandang ke laman Nottingham Forest bagi saingan EPL hujung minggu ini sebelum aksi timbal balik di gelanggang Sevilla minggu depan. - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Apr 13 2023
Rashford mengalami kecederaan otot ketika United menewaskan Everton 2-0 hujung minggu lalu. - Gambar/ Stadium Astro
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (05 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir fail semakan kehakiman mohon prosiding RCI Batu Puteh dijalankan secara terbuka
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dijalankan secara terbuka.
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Lebih 100 kes penebangan hutan secara haram direkodkan di Kelantan - MB
Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar
Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.
Tumpuan Khamis – 06 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
UCL: Kad merah Marcus Rashford ubah nasib Man Utd di Copenhagen
Pertemuan bermula dengan jaringan Rasmus Hojlund tetapi berakhir dengan kekalahan yang dicetuskan oleh kad merah Marcus Rashford.
EPL: Marcus Rashford diberi kata dua kunjungi kelab malam
Pemain tempatan itu sekadar menyumbangkan satu gol buat The Red Devils untuk permulaan terburuk.
EPL: Marcus Rashford kekal lima tahun lagi di Manchester United
Pemain berusia 25 tahun itu hadir daripada program pembangunan di Old Trafford dan berkembang pesat untuk kini menjaringkan 123 gol.
EPL: Marcus Rashford dijangka ikat kontrak baru lima tahun di Manchester United
Pemain berusia 25 tahun itu setakat ini telah menjaringkan 123 gol daripada 359 penampilan bersama skuad senior.
EPL: Manchester United hilang khidmat Rashford
Marcus Rashford akan terlepas beberapa perlawanan bersama Manchester United, demikian disahkan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
'Itu mengarut' - Rashford bidas dakwaan minta RM2.72 juta seminggu di Manchester United
Marcus Rashford menafikan dakwaan bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran 500,000 pound seminggu untuk kekal di Manchester United.
Liga Europa: Rashford gembira United hapus mimpi ngeri Liverpool
Marcus Rashford menekankan kepentingan kemenangan Manchester United dalam Liga Europa ke atas Real Betis selepas kekalahan kepada Liverpool.
Rashford mahu teruskan rentak jaringan bersama Man Utd
Rashford dua kali menjaringkan gol ketika United menang terus ke atas pasukan Brendan Rodgers, ketinggalan lima mata di belakang Arsenal.
Marcus Rashford antara terbaik di Eropah - Ten Hag
Rashford menanduk masuk gol pembukaan The Red Devils menuju 10 minit wisel penamat dalam pertemuan EPL di Elland Road.
Rashford, Sancho selamatkan maruah Red Devils di Old Trafford
Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.