KUALA LUMPUR:Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan lima Pelan Strategik bagi menangani pandemik COVID-19 bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lima pelan itu meliputi usaha untuk mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.

Berikut merupakan lima strategi yang telah digariskan iaitu;

1)  Memutuskan Rantaian Transmisi

2) Mengurangkan Morbiditi dan Kematian

3) Memperkukuhkan Diagnostik dan Survelan

4) Mencapai Imuniti Kelompok

5)  Meningkatkan Tingkatkan Kesedaran dan Pembudayaan Normal Baharu



[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Feb 2021

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menggariskan strategi kerajaan dalam menghadapi pandemik COVID-19 termasuk pengurusan sektor ekonomi dalam fasa PKP 2.0.

Terdapat 10 strategi yang telah digariskan iaitu:

• Tindakan Perundangan Melalui Ordinan Darurat : Memperkukuh Penguatkuasaan

• Pengurusan Tempat Tinggal Pekerja : Task Force Penginapan Pekerja

• Pematuhan SOP di Tempat Kerja : Pemantauan Agresif

• Pemantauan Pematuhan Menyeluruh : Flying Squad Agensi Kerajaan

• Melaksanakan Program Saringan Secara Agresif

• Skuad ABC-19 (Agen Basmi Covid-19) : Peranan Sukarelawan Komuniti

• Penempatan Sementara Sektor Awam : Memperkasa Agensi Tunjang Pengurusan Pandemik

• Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

• Penggunaan Teknologi : Pengukuhan Tindakan Kesihatan

• Naziran Pelaksanaan Tindakan : Memastikan Pelaksanaan