BERLIN: Perancangan bandar harus berubah dengan memberikan tumpuan kepada membina infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Perdana Menteri, adalah tidak adil apabila fasiliti untuk orang kaya disediakan begitu indah, sedangkan hal yang sama tidak dinikmati oleh masyarakat awam.
“Perancangan bandar perlu berubah. Pada tahun pertama saya mengendalikan Wilayah Persekutuan, tidak ada tumpuan kepada isu perumahan dan gerai-gerai usang. Saya arahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk beri tumpuan kepada isu ini.
“Kita ada banyak warung yang telah dinaik taraf dengan lebih banyak fasiliti asas, air dan sebagainya.
“Kemudian fasiliti untuk orang awam termasuk taman hijau. Kita ada spa, restoran dan fasiliti terbaik untuk orang kaya, tetapi tidak untuk orang awam,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman, pada Selasa.
Menurut Anwar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dalam usaha untuk meningkatkan mutu fasiliti rakyat berkenaan.
Namun, katanya, di sebalik beban hutang yang terlalu tinggi, kerajaan tetap berusaha membangunan infrastruktur awam sebaik mungkin meskipun dengan kekangan kewangan.
“Dengan dana yang cukup kita oleh buat lebih baik. Tetapi kita ada hutang lebih RM1 trilion dan 5.6 peratus defisit fiskal.
“Apabila kita turunkan nilai defisit itu kepada lima peratus, pelabur lebih yakin. Tidak ada pinjaman dan projek mega kecuali infrastruktur yang diperlukan oleh rakyat,” jelas Perdana Menteri lagi.
Irfan Faruqi
Tue Mar 12 2024
Anwar berbual dengan hadirin ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Jerman di Berlin, pada Selasa. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.
Fasiliti indah untuk orang kaya ada, tiada untuk orang awam - PM
Perancangan bandar perlu berubah dan bersikap adil dengan seluruh masyarakat awam, tegas Perdana Menteri.
Dr Mahathir puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju
Menerusi ciapan di Twitter beliau, Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya.
Sukan SEA 2023 Kemboja: Semua kemudahan, venue sudah sedia
Kemboja yakin semua kemudahan dan venuenya telah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023 di Phnom Penh bermula 5-17 Mei.
MRSM terima lebih 70,000 permohonan kemasukan tahun ini - Asyraf Wajdi
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilihat masih menjadi institusi pengajian terulung apabila menerima sebanyak 73,134 permohonan kemasukan pada tahun ini.
Lebih baik naik taraf fasiliti sedia ada daripada bina 'gajah putih' baharu - Hannah
KBS mahu menerapkan budaya penyelenggaraan fasiliti sukan sedia ada di seluruh negara daripada membina lebih banyak fasiliti baharu bagi mengelakkan ia menjadi projek gajah putih.
Vaksinasi tersusun tingkat sentimen, keyakinan pelabur - Pensyarah ekonomi
Keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan full lockdown adalah tepat namun perlu disokong dengan pelaksanaan vaksinasi yang menyeluruh.
Potensi, ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng - Reezal Merican
Perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara ini.
Universiti perlu dana baiki infrastruktur mesra OKU di kampus - Ras Adiba
Presiden OKU Sentral itu berkata dana tersebut perlu agar kemudahan sedia ada dapat dibaik pulih untuk kegunaan golongan berkenaan.