awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forest City, Johor magnet baharu ekonomi serantau - PM

Amirul Aiman
Amirul Aiman
26/09/2024
05:20 MYT
Forest City, Johor magnet baharu ekonomi serantau - PM
Perdana Menteri Anwar (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama peserta persidangan Invest Malaysia di Iskandar Puteri, pada Khamis. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua dari kiri). - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Forest City dan Johor merupakan magnet baharu bagi ekonomi serantau, hasil daripada pelbagai insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan telah melancarkan pelbagai pakej insentif istimewa bertujuan menjadikan Johor sebagai salah satu enjin pertumbuhan utama ekonomi negara.
“Minggu lepas, kami mengumumkan pakej insentif yang kompetitif untuk menjadikan Forest City sebagai magnet bagi modal antarabangsa.
“Ini termasuk kadar cukai korporat konsesi antara 0.5 peratus hingga 5 peratus serta kadar cukai pendapatan individu khas sebanyak 15 peratus untuk pekerja berpengetahuan dan rakyat Malaysia yang memilih untuk bekerja di sana," katanya semasa berucap pada persidangan Invest Malaysia di sini, pada Khamis.
Tambah Perdana Menteri, Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar bagi pejabat keluarga.
Skim pejabat keluarga tunggal ini yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Sekuriti bertujuan, menarik keluarga serantau dan rakyat Malaysia supaya menguruskan kekayaan keluarga mereka dari Malaysia.
Katanya, dengan insentif ini, kerajaan berharap dapat menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke Johor menjadikan negeri itu sebagai tarikan utama dalam pembangunan ekonomi serantau.
Tags: Forest City, Johor, Anwar Ibrahim, insentif cukai
Topic Berkaitan
#Forest City
#insentif cukai
#ekonomi serantau
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan