KUALA LUMPUR: Usaha mendokumentasikan pengetahuan tradisi berkaitan tumbuhan ubatan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan Melayu menjadi antara usaha utama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) agar 'legasi' itu tidak pupus ditelan zaman.
Pegawai Penyelidik Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM Dr Fadzureena Jamaludin berkata usaha itu penting berikutan ilmu pengetahuan dan amalan turun-temurun berkaitan tumbuhan ubatan lazimnya disampaikan secara lisan yang memerlukan proses pendokumentasian sempurna.
"Setakat ini, FRIM telah merekodkan sejumlah 677 spesies tumbuhan ubatan termasuk 2,452 herbarium spesimen hasil dokumentasi pengetahuan tradisi daripada 18 subetnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang telah dilaksanakan bermula pada 2007 sehingga kini. Daripada jumlah itu, sebanyak 100 spesies telah dibukukan.
"Kami juga telah merekodkan 634 spesies tumbuhan ubatan termasuk 2,144 herbarium spesimen hasil pendokumentasian daripada 358 pengamal perubatan tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia sejak ia mula dilaksanakan pada 2013," katanya kepada Bernama di FRIM, di sini.
Beliau berkata FRIM juga telah melaksanakan perbincangan awal bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Tok Batin di Kampung Orang Asli yang terlibat bagi menjayakan proses pendokumentasian.
Proses pendokumentasian tumbuhan ubatan dilaksanakan menerusi simpanan herbarium spesimen (sampel tumbuhan kering yang dikepilkan bersama maklumat) dan terbitan buku yang memperincikan ciri tumbuhan, aplikasi, nama saintifik dan suku kaum Orang Asli yang mengamalkan penggunaan tumbuhan itu.
Dr Fadzureena berkata tumbuhan ubatan yang diperoleh turut dibawa ke makmal untuk menjalani ujian penilaian dan pengesahan bagi mengenal pasti manfaatnya dalam bidang perubatan, sebelum ia diproses menjadi prototaip produk ke arah usaha komersialisasi.
"FRIM menyasarkan untuk komersialkan produk berasas tumbuhan ubatan ini bagi meningkatkan tahap ekonomi Orang Asli dan memperkasakan ilmu perubatan tempatan. Kami mahu wujudkan platform iaitu Orang Asli menerima faedah secara adil dan saksama hasil perkongsian ilmu ini.
"Buat masa ini, kami sudah merangka draf perjanjian ABS (Access and benefit-sharing) berdasarkan Akta 795 (Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017) ke arah merealisasikan usaha ini. Kami masih dalam proses perbincangan bersama pihak Orang Asli dan Kerajaan Negeri," katanya.
Beliau berkata hasil dapatan yang didokumentasikan akan diserahkan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) agar hak ciptanya dilindungi dan tidak dieksploitasi oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, FRIM turut terlibat dalam pelbagai program bagi meningkatkan kefahaman warga tempatan mengenai pengetahuan berkaitan tumbuhan ubatan seperti karnival, pameran, seminar di universiti tempatan dan penghasilan poster.
Beliau berkata FRIM juga menyahut inisiatif kerajaan menerusi Kempen Penanaman 100 juta pokok yang pihaknya telah melaksanakan program penanaman pokok yang boleh dikomersial bersama suku Kaum Semai pada Oktober 2022 bagi meningkatkan sumber tumbuhan itu.
"Saya berharap kepada semua yang terlibat boleh memberikan komitmen kepada usaha ini terutamanya Kerajaan Negeri dalam memastikan perjanjian ABS dapat ditandatangan. FRIM juga berharap ada syarikat yang berminat untuk komersialkan produk berasaskan tumbuhan ubatan ini kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Fadzureena berkata FRIM juga telah melaksanakan perbincangan awal bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Tok Batin di Kampung Orang Asli yang terlibat. - Foto BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Pekerja rencam berdepan hukuman gantung, didakwa edar syabu RM19 juta
Seorang pekerja rencam berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selepas dihadap ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu di Padang Besar.
Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM
Penemuan dadah jenis syabu seberat 528 kilogram (kg) bernilai RM19 juta di Padang Besar yang dilaporkan media pada 15 Jan lepas, bukan berada di dalam kawasan FRIM.
Transformasi industri buluh perlu dilakukan secara holistik - Fadillah
Fadillah berkata Malaysia mempunyai lebih kurang 70 spesies buluh, dan 45 daripada spesies berkenaan merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan.
FRIM dokumentasi pengetahuan tradisi tumbuhan ubatan, elak 'legasi' pupus
FRIM telah merekodkan 677 spesies tumbuhan ubatan termasuk 2,452 herbarium spesimen hasil dokumentasi pengetahuan tradisi Orang Asli.
Masuk percuma ke Taman Botani Kepong untuk warga emas bermula 21 Mac
Semua rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas akan dikecualikan bayaran masuk ke Taman Botani Kepong (KBG) bermula 21 Mac 2023.
FRIM optimis kembangkan kepakaran ke peringkat antarabangsa
FRIM akan terus mengembangkan lagi kepakaran institut itu ke peringkat antarabangsa terutama ke negara-negara tropika.
Hutan bandar tangani kesan rumah hijau di bandar
Kawasan bandar merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida.
Kemarau panjang, suhu harian rendah faktor cetus fenomena pembungaan lebat
Fenomena didapati berlaku pada selang waktu tidak teratur antara satu hingga 10 tahun dan direkodkan berlaku sebanyak tujuh kali.
Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak
Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata.