KOTA TINGGI: Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata dalam operasi jam 1.30 pagi itu, pasukan Unit Risikan dan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman, turut menahan pemandu lori terbabit serta seorang tonto.
"Hasil pemeriksaan di dalam ruangan belakang lori tersebut telah menjumpai 131 kotak besar rokok putih dan 92 kotak besar rokok kretek yang di syaki tiada duti kastam.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,006,100. Rokok terbabit dipercayai diseludup dari negara luar melalui jalan laut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Hussin, pemandu lori berusia 40-an, manakala tonto terbabit pula berusia berusia 20-an, memandu sebuah kereta Toyota Vios.
Katanya, tonto berkenaan ditahan selepas dia turut berhenti di kawasan itu tidak lama selepas polis menahan lori terbabit.
"Polis memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok ini.
"Pihak polis masih menyiasat modus operandi yang digunakan sindiket ini dan tempoh operasi mereka,"katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Sep 24 2022
Dalam operasi jam 1.30 pagi itu, polis turut menahan pemandu lori terbabit serta seorang tonto. - Gambar/ PDRM
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
Kastam Kelantan rampas 1.86 juta batang rokok seludup di Gua Musang
Kastam Kelantan berjaya merampas sejumlah 1.86 juta batang rokok bernilai RM1.45 juta dalam serbuan di Gua Musang.
Kastam rampas rokok bernilai RM3.9 juta
JKDM merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 Sept lepas.
Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta.
FRU, Unit Berkuda Bukit Aman rampas rokok seludup RM2 juta, tahan 2 lelaki
Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.
Kastam Thailand rampas 200,000 bungkus rokok dari Malaysia
Kastam Thailand merampas 200,000 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM2.2 juta dipercayai dari Malaysia, dalam satu operasi Khamis lepas.