awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji minimum RM1,500: Bukan hanya pekerja, komuniti setempat juga akan terima kesan positif

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/02/2022
12:44 MYT
Gaji minimum RM1,500: Bukan hanya pekerja, komuniti setempat juga akan terima kesan positif
Ahmed Razman berkata peningkatan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan akan memberikan kesan positif yang bukan hanya dirasai pekerja malah kepada komuniti sekeliling mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peningkatan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan akan memberikan kesan positif yang bukan hanya dirasai pekerja malah kepada komuniti sekeliling mereka.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dengan gaji yang lebih, ia mampu menaikkan semangat pekerja sekali gus mampu juga meningkatkan produktiviti dan pendapatan syarikat.
“Itu juga akan memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling kerana dengan kenaikan gaji itu, ia akan memberi lebih banyak lebihan pendapatan.
“Bila mereka ada lebihan pendapatan, mereka akan berbelanja dan meningkatkan ekonomi persekitaran mereka.
BACA: Kenaikan gaji minimum: Nik Nazmi persoal tindakan MEF
BACA: Cadangan gaji minimum RM 1,500: Berbaloi namun majikan perlu ada perikemanusiaan
“Kalau satu syarikat sahaja, mungkin kesan positifnya lebih kepada setempat tapi kalau satu kawasan, kebanyakan industri menaikkan gaji, ia sudah tentu memberi kesan positif kepada ekonomi.
“Ia termasuklah dari segi merancakkan aktiviti ekonomi seperti pertukaran barangan dan perkhidmatan kerana pekerja atau rakyat mempunyai wang lebihan untuk dibelanjakan,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, pandemik COVID-19 sebenarnya menunjukkan bahawa Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada pekerja asing dan perlu memberikan peluang kepada pekerja tempatan.
“Keperluan untuk menaikkan gaji minimum adalah amat penting untuk memastikan kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
“Ia juga sebenarnya memberi kuasa membeli yang lebih produktif kepada rakyat tempatan dan juga memastikan bahawa dengan peningkatan produktiviti pekerja kita, ia mampu meningkatkan ekonomi kita dengan lebih positif,” ujarnya.
Cerita Sebalik Berita: Bila isu gaji minimum boleh selesai?
Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung gaji minimum RM1,500 yang mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat.
Menurutnya, situasi sekarang bukan masa sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi.
Tambahnya, majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia dan tidak dapat melaksanakan cadangan gaji minimum baharu itu kerana mereka belum mencapai kestabilan ekoran kejutan ekonomi akibat COVID-19 dan kesan buruk daripada banjir besar baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#pekerja asing
#warga tempatan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan