GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membekalkan 98 buah tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya yang terlibat dengan gangguan air berjadual pada 10 hingga 14 Jan ini.
Datuk Bandar MBPP Datuk Ir A. Rajendran berkata inisiatif itu diambil bagi melancarkan operasi perniagaan sepanjang tempoh tersebut, memandangkan premis di situ tidak mempunyai tangki air tetap dan akan dihantar secara berperingkat mulai hari ini.
Beliau berkata 28 lokasi yang terlibat ialah di George Town, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah (6); Jelutong (13);Gelugor (5); Bayan Baru, Batu Maung dan Relau (7); Bayan Lepas, Sungai Ara dan Balik Pulau (4) dan Air Itam (8), manakala 11 lagi lokasi membabitkan sebahagian kawasan di Sungai Ara, Balik Pulau dan Permatang Damar Laut.
"Setiap tangki berkapasiti 2,271 liter dan kita telah beli sebanyak 105 buah untuk dibekalkan di lokasi yang tiada tangki, dengan setiap lokasi akan diletakkan satu atau dua (tangki) bergantung kepada kegunaan serta bilangan gerai.
"Kita juga akan menempatkan seorang kakitangan di setiap lokasi untuk memantau sekiranya kuantiti air dalam tangki berkurangan, dan mereka ini bertanggungjawab menghubungi bilik gerakan MBPP untuk menghantar dan mengisi bekalan, supaya ia sentiasa mencukupi bagi kegunaan di situ," katanya pada sidang media di Bangunan MBPP, di sini, hari ini.
Rajendran berkata keseluruhannya terdapat 159 lokasi kompleks, pasar dan tapak penjaja yang berada di bawah pentadbiran MBPP di Daerah Timur Laut dan Barat Daya.
Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan seramai 590,000 pengguna termasuk bukan domestik di Pulau Pinang, akan terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual bermula jam 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua selain kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh negeri ini.
Sementara itu, Rajendran berkata semua 16 penjaja yang terlibat dengan kebakaran yang memusnahkan gerai mereka di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar, Jelutong awal pagi semalam akan diberikan tapak sementara bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan.
Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti lokasi bersesuaian yang tidak jauh dari tapak sedia ada untuk mereka berpindah dan beroperasi untuk jangka masa sementara.
"Tapak itu tidak lagi sesuai digunakan buat masa ini kerana ia tidak selamat, malah pihak bomba juga tidak membenarkan sesiapa pun berniaga di situ jadi, kita tunggu dulu sehingga (bomba) selesai siasatan baru kita tengok macam mana untuk naik taraf tempat ini.
"Memang kita sudah ada rancangan (untuk menaik taraf tapak penjaja) malah peruntukan sebanyak RM441,000 juga telah diluluskan, tetapi nampaknya ia terpaksa ditangguhkan dan buat masa ini, kita pindahkan dahulu peniaga di lokasi berhampiran, untuk bolehkan mereka menyambung perniagaan sementara menunggu tapak kekal dibangunkan semula," katanya.
Semalam, media melaporkan sebanyak 16 gerai di Tapak Penjaja Lorong Bukit Dumbar musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
MBPP akan membekalkan tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya yang terlibat dengan gangguan air berjadual. - Gambar/ MBPP
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco
Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.
Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah
Ia bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth.
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membekalkan 98 buah tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya.
Gangguan bekalan air di luar musim puncak, tidak jejas pelancongan Pulau Pinang
Gangguan bekalan air selama empat hari di seluruh Pulau Pinang pada Januari ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negeri itu dengan ketara.
Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya
Pengguna terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat pada 10 Oktober diminta membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan air secukupnya.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.
Gangguan air jejas 60,000 penduduk di Labuan
Lebih 18,000 pemilik akaun atau lebih 60,000 penduduk di pulau bebas cukai ini sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang berpunca daripada kerosakan pam utama Pulau Enoe.
Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah
Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda.