KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan bantuan kontraktor yang dilantik sedang giat melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang terputus akibat cuaca tidak menentu susulan angin kencang dan hujan lebat sejak tiga hari lepas.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Idris Mohd Noor, berkata angin kencang serta hujan lebat yang melanda pantai barat dan pedalaman Sabah sejak Jumaat lalu menyebabkan tiang elektrik, pokok tumbang, hakisan tanah serta banjir kilat di beberapa kawasan.
Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti banyak mengalami gangguan bekalan elektrik disebabkan kejadian ini adalah Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Tenom, Kota Belud, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kejadian ini turut mengakibatkan banyak pepasangan SESB mengalami kerosakan teruk dan seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna.
"Anggota kerja teknikal SESB yang sedang bercuti menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha turut diarahkan untuk membantu dan mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik di kawasan terlibat," katanya menerusi kenyataan di sini, malam tadi.
Idris berkata pasukan SESB siap sedia untuk bertugas berterusan dengan mengambil tindakan pembaikan atas semua aduan yang meningkat mendadak disebabkan cuaca tidak menentu dan keutamaan kerja pemulihan ini diberikan kepada tempat kritikal seperti hospital dan melibatkan keselamatan pengguna.
Justeru, katanya, SESB amat menghargai kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan ini dan SESB terus bersedia 24 jam memantaubekalan elektrik berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan semalam, memaklumkan cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam mulai semalam hingga Rabu ini yang berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.
Keadaan itu boleh mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan hingga Selasa ini dan negeri utara Semenanjung mulai hari ini hingga Rabu ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara, berkata kira-kira 40 kes kejadian pokok tumbang berlaku di negeri ini sejak Sabtu malam akibat angin kencang dan hujan lebat itu.
Beliau berkata laporan tertinggi diperoleh daripada daerah Kuala Penyu dengan 10 kes ini diikuti Penampang (8 kes), n lapan kes, Kota Kinabalu (5 kes ),Tuaran (4 kes) dan dan selebihnya di daerah lain termasuk Sipitang, Kunak, Kudat, Kimanis, Papar dan Beaufort.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini," Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengambil langkah keselamatan," katanya ketika dihubungi pemberita.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah, dalam kenyataan, memberitahu seorang wanita berusia 51 tahun cedera di bahagian bahu akibat dihempap pokok ketika berkebun di Kampung Kalanggan, Penampang, petang Ahad.
Pasukan bomba menerima laporan kejadian pada jam 3.12 petang dan mengalihkan pokok yang tumbang itu dengan bantuan orang kampung, sebelum mengeluarkan mangsa dan operasi tamat jam 5.59 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022

Antara kawasan yang dikenal pasti banyak mengalami gangguan bekalan elektrik disebabkan kejadian itu ialah Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Tenom, Kota Belud, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar hiasan
Hentikan tunggang sentimen kaum dan agama- R.Rmanan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India.

Pegawai SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy berhubung rasuah, salah guna dana
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabat Sapura Energy Bhd (SEB) di Menara PNB, di Jalan Tun Razak hari ini berhubung dua siasatan melibatkan syarikat tersebut.

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus
Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

Gangguan meluas bekalan elektrik di Chile jejaskan jutaan penduduk
Gangguan meluas bekalan elektrik melanda Chile pada Selasa, menyebabkan 19 juta penduduk terputus bekalan.

Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.

Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.

Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.

Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.