KUALA LUMPUR:Gencatan politik dalam keadaan negara berhadapan ujian getir pandemik COVID-19 dilihat perlu kerana ia melibatkan soal keselamatan rakyat, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain.
Menurut pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia itu, langkah yang diambil Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengisytiharkan gencatan politik pada Rabu lepas disambut baik parti politik lain yang turut mahukan keutamaan rakyat diberikan tumpuan.
"Saya percaya walaupun gencatan politik berlaku, parti-parti politik tidak akan berhenti untuk berpolitik kerana dalam waktu ini mereka boleh merancang strategi politik untuk masa akan datang.
"Politik kita kalis COVID-19, ahli-ahli politik masih ingin berjuang untuk mendapatkan kepentingan mereka atas nama demokrasi," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Gencatan Politik : Penyelesaian Kepada Kemelut atau Akan Bertambah Kalut?' yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi.
BACA: UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
BACA: Gencatan politik: "Tolong kasihan kami, jangan bergaduh" - Rakyat merayu!
Senada dengan Mohd Izani, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid menegaskan agenda untuk memperkasakan rakyat perlu diterjemahkan dalam bentuk tanggungjawab oleh ahli-ahli politik.
Katanya, ia perlu menjadi fokus utama wakil rakyat berbanding kepentingan mereka untuk mempertahankan status quo, selain merealisasikan tuntutan termasuk kemahuan menjadi perdana menteri, pertambahan wakil dalam kementerian dan sebagainya.
"COVID-19 adalah ancaman keselamatan yang serius. Secara rasionalnya, gencatan politik boleh berlaku jika semua pihak bersetuju yang perkara berkaitan kuasa dan pangkat perlu ditangguhkan terlebih dahulu kerana masalah utama sekarang adalah penularan pandemik tersebut," katanya.
Ahmad Zahid sebelum ini berkata UMNO melaksanakan gencatan politik bagi mendukung usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional untuk membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kelembapan ekonomi.
Menurut Ahmad Zahid, semua pemimpin parti itu yang berada dalam Kabinet telah diarah memberikan tumpuan penuh kepada usaha membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik itu.
BACA: DAP persoal gencatan politik oleh UMNO
BACA: Gencatan politik: Pas sokong usaha jernihkan politik negara, harap tidak timbul masalah baharu
BACA: Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO
Sementara itu, mengulas mengenai isu darurat yang hangat mencetuskan spekulasi banyak pihak, Kartini berkata darurat boleh diisytihar dalam keadaan negara berdepan ancaman keselamatan iaitu COVID-19 berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, langkah melaksanakan darurat juga adalah pilihan terakhir bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya dalam masa terdekat.
"Kalau menilai semula dalam keadaan negara berperang dengan COVID-19, darurat boleh dilaksanakan kerana melibatkan ancaman keselamatan dan pengisytiharan itu boleh berlaku jika Yang di-Pertuan Agong bersetuju," katanya.
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam terancam.
BACA: Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis
BACA: 'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Bagi rakyat yang menganggap darurat, sekiranya berlaku, akan meragut kebebasan mereka, Mohd Izani berpendapat senario itu adalah sedikit berbeza kerana ia lebih bersifat kepada 'darurat politik' yang membolehkan rakyat tetap melakukan aktiviti seperti sedia kala.
"Saya fikir sekiranya darurat diperkenalkan, ia adalah untuk mencegah berlakunya pilihan raya yang lebih awal.
"Semua pihak perlu memahami, jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat, ia akan mencetuskan lebih banyak penularan jangkitan COVID-19 sekali gus meningkatkan bilangan kes penyakit itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
Penganalisis politik berpendapat, langkah melaksanakan darurat adalah pilihan terakhir bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Ahli Parlimen cadang gencatan politik demi kestabilan ekonomi, perpaduan negara
Polarisasi politik dilihat mampu memecahbelahkan masyarakat ke tahap yang amat membimbangkan dan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat.
Kerajaan tak wajib bubar Parlimen jika MoU tamat - Anwar
Kata Anwar penamatan tempoh perjanjian MoU gencatan politik yang bakal berakhir selepas Julai tahun ini belum pasti akan mencetuskan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.
Perlu gencatan politik, tetapan semula sistem tangani pelbagai masalah - Saifuddin
Saifuddin berkata, langkah itu seiring titah nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan pergeseran dan pertelingkahan politik dikurangkan.
Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.
UMNO mahu pilihan raya umum selepas COVID-19 terkawal
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat rakyat perlu dikembalikan bagi mengujudkan kerajaan yang stabil.
Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis
Isu perebutan kuasa, jawatan mahupun hal parti haruslah dikurangkan kerana rakyat dilihat muak dan jemu dengan 'politiking' keterlaluan ketika ini.
Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu patut dicontohi semua parti politik ketika kerajaan sedang berusaha memutuskan penularan COVID-19.
DAP persoal gencatan politik oleh UMNO
Dakwa Kit Siang, keputusan Ahmad Zahid membayangkan UMNO takut kehilangan rakan mereka iaitu Pas dalam Muafakat Nasional
'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Mengadakan pilihan raya juga bukanlah tindakan yang mampu menyelamatkan rakyat, malah ia hanya memporak-perandakan keadaan.