GEORGE TOWN: Jaringan masa kecederaan Moses Atede memastikan Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya mencuri tiga mata penuh apabila menewaskan Penang FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Skuad Sang Kenari yang bermula agresif dengan menguji kubu pasukan tuan rumah, berjaya mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam.
Tersentak jaringan itu, skuad Harimau Kumbang menggandakan usaha dengan terus melakukan percubaan ke arah gawang KDA, yang akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-31 apabila penyerang import dari Lubnan, Soony Saad berjaya menemui sasaran untuk menceriakan hampir 3,000 penyokong di stadium.
Penang FC kemudian menjaringkan gol kedua hasil tandukan Rafael Vitor pada minit ke-67, namun ia dibatalkan pengadil S. Logeswaran selepas mendapati Vitor menarik dan mengganggu pemain lawan, Bojan Ciger ketika membuat tandukan itu.
Skuad tuan rumah terus dilanda malang, apabila Muhammad Adib Abdul Ra'op dibuang padang pada minit ke-76 susulan menerima kad kuning kedua apabila mengasari Manuel Hidalgo.
KDA, bagaimanapun, berjaya mengesahkan kemenangan apabila pemain tengah dari Nigeria, Atede, yang baru dibeli pada jendela perpindahan kedua bulan lalu, menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan (90+5).
Kemenangan itu menyaksikan KDA, yang berada di tempat ketiga dengan 43 mata selepas 20 perlawanan, merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kedua, Selangor FC yang kelebihan tiga mata selepas 21 perlawanan.
Penang FC kekal di tangga ke-10 dengan 19 mata selepas 20 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Manuel (kanan) diasak Muhammad Adib pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya, Jalan Perak, George Town, malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
MFL minta maklumat tambahan dari Kedah
Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat.
'Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah
Biarpun KDA FC bukan dimiliki oleh kerajaan negeri, namun ia membawa nama Kedah dalam arena bola sepak negara.
Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham
Tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari KDA FC berkenaan perlawanan yang dirancang dengan kelab dari Brazil, Santos.
Pertahanan KDA FC kemalangan
Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Amirul Hisyam Awang Kecik mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan di Bandaraya Alor Setar pada Selasa.
Kedah nafi tandatangani bintang K-League
Pengurus Kedah Darul Aman FC, Zul Fadli Rozi, menafikan kehadiran bekas pertahanan FC Seoul berkenaan.
Spekulasi perpindahan: Kedah dapatkan pertahanan tengah FC Seoul?
Kedah Darul Aman FC kini hangat dikaitkan untuk mendapatkan pertahanan tengah dari kelab Liga Korea Selatan (K-League), Osmar Barba, bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia
Bakar difahamkan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar kerana tidak sihat dan tidak selesa bernafas pada Rabu lalu.