Maria Chin Abdullah menggesa Universiti Malaya (UM) menarik balik laporan polis terhadap Wong Yan Ke yang menunjukkan tanda protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda di atas pentas, pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59, pagi Isnin lalu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya itu menegaskan, ia perlu dilakukan selepas UM memutuskan untuk tidak menahan skrol graduan kejuruteraan itu dan membenarkan dia mengambil transkrip akademiknya.
"Kami mengutuk tindakan UM membuat laporan polis kerana bersifat keterlaluan serta menyebabkan persepsi negatif terhadap nama baik UM yang sepatutnya menggalakkan dan melindungi kebebasan bersuara mahasiswa.
"Pihak universiti seharusnya menggalakkan mahasiswa dan mahasiwi menerapkan pemikiran kritik untuk terus maju ke arah menjadi sebuah universiti yang mempunyai kebebasan akademik.
"Tuntutan mahasiswa-mahasiwa harus diberi perhatian dan keutamaan serta asasnya harus diteliti. Plakad yang diangkat oleh graduan di atas pentas majlis konvokesyen menunjukkan bahawa saluran komunikasi buat masa kini adalah tidak mencukupi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Wong Yan Ke boleh ambil transkrip ijazah - UM
BACA: Polis siasat tindakan protes graduan UM
Pada Sabtu, Pengerusi Lembaga UM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim mengumumkan pihak universiti tidak menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah graduan terbabit.
Institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu sebelum ini menegaskan, laporan polis dibuat kerana graduan berkenaan tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancaran majlis.
Dalam pada itu, tegas Maria, pihak universiti mahupun pihak polis bantuan tidak seharusnya bertindak dengan keras menyekat ataupun menafikan hak kelayakan dan perogatif seseorang graduan daripada menerima skrol ijazahnya.
"Kami mencadangkan pihak universiti menarik balik laporan polis tersebut dan mengamalkan polisi yang lebih longgar dan bertoleransi terhadap mahasiswa dan mahasiswi.
"Dalam era Malaysia Baharu, dasar-dasar yang menzalimi dan menghakis prinsip kebebasan bersuara harus diteliti semula.
"Kerajaan harus menunjukkan kerelaan politik untuk berubah dengan meneliti sama ada tindakan pihak universiti selari dengan inspirasi baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)," tegasnya.
Tambahnya, peranan Kesatuan Mahasiswa UM juga bukannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dihadkan peranannya kepada isu kebajikan seperti perkhidmatan bas, asrama dan mahasiwa.
"Mahasiswa harus diberikan pendedahan sewajarnya kepada perkembangan isu-isu negara dan wacana politik negara.
"Di negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Taiwan, mahasiswa dibenarkan membuat demonstrasi semasa majlis konvokesyen mereka.
"Tindakan ini merupakan satu perbuatan yang lazim bagi membantah dasar-dasar kerajaan, ketidakadilan dalam masyarakat dan kesilapan pihak universiti," katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Naib Canselor UM Datuk Abdul Rahim Hashim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Yan Ke di atas tindakannya membuat protes baru-baru ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Abdul Rahim perlu bertindak sedemikian dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini menegaskan Kesatuan Mahasiswa UM perlu bertemu Dr Abdul Rahim jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati.
Katanya, pertemuan antara kedua-dua belah pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat kenyataan kepada media.
Astro Awani
Sun Oct 20 2019
MARIA: Plakad yang diangkat oleh graduan di atas pentas majlis konvokesyen menunjukkan bahawa saluran komunikasi buat masa kini adalah tidak mencukupi. - Gambar fail
Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Potret Winston Churchill yang dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali
Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua program DBKL guna penjenamaan 'Kreatif Kuala Lumpur'
Jelas Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, jika semua program menggunakan pelbagai penjenamaan kesannya tidak dapat menonjolnya kreatifnya bandar raya Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Komitmen laksana MA63
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KLCCT - Beri nafas baharu pada bangunan lama sekitar KL
Jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif misi utama KLCCT adalah menggunakan seni dan budaya sebagai pemangkin untuk penjenamaan semula bandar raya Kuala Lumpur.
Francine landa selatan Louisiana
Taufan Francine melanda persisiran pantai di selatan Louisiana apabila hujan lebat melanda New Orleans pada Rabu.
Cederakan anak saudara, tertuduh kes bunuh ibu, bapa dipenjara sembilan tahun
Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun.
Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi mmempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.
Pemuda Pas cadang demonstrasi skala besar sokong Naib Canselor UM
Tarikhnya masih belum diputuskan dan pihaknya akan meminta kebenaran kepada UM terlebih dahulu sebelum menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Graduan protes: UM perlu tarik balik laporan polis - Maria Chin
Maria mengutuk tindakan membuat laporan polis kerana ia bersifat keterlaluan serta menyebabkan persepsi negatif terhadap nama baik UM yang sepatutnya menggalakkan dan melindungi kebebasan bersuara.
Biadab! Graduan protes di pentas konvo
Menerusi perkongsian video di Twitter Hazwan Syafiq, rakaman durasi 14 saat itu memaparkan seorang lelaki menjerit sambil memegang kertas melaungkan "undur VC" dan "ini tanah Malaysia" tular.