GOLDEN Screen Cinemas (GSC) mengumumkan operasi pawagamnya di Berjaya Times Square akan ditutup pada 27 November ini.
Menerusi akaun rasmi syarikat itu di platform X, penyedia pawagam terbesar Malaysia itu menerangkan, tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini.
“Harap maklum bahawa GSC Berjaya Times Square akan membuat tayangan akhir pada 26 November 2023 dan akan berhenti operasi pada 27 November 2023,” umum pihaknya.
Dalam pada itu, pihak GSC turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan yang memberikan sokongan sepanjang 17 tahun beroperasi di pusat beli-belah tersebut.
“Ia merupakan perjalanan yang luar biasa sejak pertama kali kami menjemput anda semua pada 27 Januari 2005.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih setelus hati untuk sokongan teguh sepanjang 17 tahun.
“Senyum, ketawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di dalam hati kami,” tulis pihaknya lagi.
Dalam pada itu, GSC mengajak orang ramai supaya berkunjung ke cawangan terdekat mereka iaitu di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur. -Gempak
Sumber: Platform X
Gempak
Sun Nov 19 2023
Tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini. -Gempak
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
GSC Times Square henti operasi hujung bulan ini
Tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini.
Velvet, bawa penonton mengimbau pengalaman sinematik retro
GSC ulangi komitmen untuk membawa konsep menarik ke dalam pasaran, khususnya dalam bidang yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia - GSC
Filem yang ditunggu-tunggu ramai, Thor: Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Debaran aksi 'Airforce The Movie: Selagi Bernyawa' bakal temui penonton 25 Ogos ini
Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad PASKAU terperangkap di Namburi iaitu sebuah negara bergolak selepas pesawat mereka ditembak jatuh pengganas.
GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam
Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.
Isu pengoperasian pawagam dibawa ke MKN - Annuar
Isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
FINAS bakal umum penerbitan 65 filem baharu
Ia merupakan usaha dilakukan pelbagai pihak termasuk FINAS dalam usaha menghidupkan semula industri perfileman negara.
Pembukaan semula pawagam: GSC harap penonton patuh SOP
Langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
Semua panggung wayang GSC, TGV ditutup sementara mulai 2 November
Kesemua panggung wayang akan ditutup berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.