awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunakan air secara berjimat ketika fenomena El Nino - Wan Junaidi

Anthea Yap
Anthea Yap
07/04/2016
00:17 MYT
Gunakan air secara berjimat ketika fenomena El Nino - Wan Junaidi
Akibat cuaca panas berpanjangan ini juga, tujuh empangan air di lima negeri dilaporkan mencatatkan bacaan paras kritikal iaitu di bawah 50 peratus. - Foto Bernama
Pengguna digesa supaya beringat dan berhemah menggunakan air sepanjang fenomena El Nino yang sedang melanda negara ketika ini.
Akibat cuaca panas berpanjangan ini juga, tujuh empangan di lima negeri dilaporkan mencatatkan bacaan paras kritikal iaitu di bawah 50 peratus.
Tujuh empangan yang susut ke paras kritikal ialah Padang Saga, Muda dan Beris di Kedah; Labong di Johor; Bukit Kwong di Kelantan; Timah Tasoh di Perlis; serta Bukit Merah di Perak.
Bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, keadaan itu tidak memberikan kesan kepada permintaan bekalan air bersih.
"Keadaan kualiti air dalam keadaan baik. Penyusutan tersebut belum menyebabkan penutupan loji air bersih kerana air tidak tercemar. Empangan tersebut boleh ditutup sekiranya air tercemar.
"Jika terdapat banyak air, ia berupaya melarutkan (kekotoran dan bendasing). Namun apabila air semakin sedikit, keadaan menjadi lebih tercemar. Bagaimanapun, kualiti air kita masih bagus," katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Zulkefli Hassan berkata jawatankuasa khas yang dibentuk kerajaan akan terus memantau keadaan empangan itu.
Beliau turut menasihati pengguna agar tidak membazir air sepanjang musim kemarau ini.
"Kita akan memantau, orang ramai juga perlu mengurangkan pembaziran air dan hadkan kegunaan air. Setakat itu sahaja yang kita dapat harapkan pada masa ini di mana kita masih mengalami tempoh kemarau," katanya di sini.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#El Nino
#empangan
#jimat air
#Padang Sage
#paras air kritikal
#Wan Junaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan