awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru maut motosikal bergesel dengan kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/09/2019
09:11 MYT
Guru maut motosikal bergesel dengan kereta
Mangsa meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana kecederaan di kepala.
Seorang guru maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Jelapang, di sini, pada Selasa.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa, Mohd Hanafe Ramli, 33, meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana kecederaan di kepala.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal mangsa jenis Yamaha 135LC dan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan dari arah yang sama, dari Jelapang ke Chepor.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan itu telah bergesel lalu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan dibawa ke HRPB Ipoh.
“Pada jam 9.14 pagi mangsa penunggang motosikal meninggal dunia di Wad Kecemasan HRPB,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Chepor
#guru maut
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Jalan Jelapang
#Jelapang
#kemalangan maut
#kenderaan bergesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan