awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi Awang sudah dibenarkan pulang

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2021
09:54 MYT
Hadi Awang sudah dibenarkan pulang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.
Perkara itu dimaklumkan beliau dalam muat naik di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
"Syukur Alhamdulillah, hari ini saya telah dibenarkan untuk pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara sejak Isnin.
"Pastinya saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada para doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN, atas kecekapan dan profesionalisma yang tinggi, juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya," tulis Ahli Parilmen Marang itu.
Katanya, sepanjang tempoh rawatan, beliau turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.
"Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama," katanya lagi.
BACA: Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
Abdul Hadi dikejarkan ke hospital pada Isnin lepas, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#IJN
#Presiden Pas
#dibenar pulang
#Institut Jantung Negara
#Ahli Parlimen Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan