Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan orang pertama yang menandatangani akuan berkanun (SD) menamakan beliau sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau menerima sokongan majoriti ahli Parlimen dan pimpinan parti-parti lain bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan.
"Saya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen daripada (banyak) parti antaranya Bersatu, Barisan Nasional, PAS, GPS, STAR, PBS dan MIC. Hampir 12 parti kalau tak silap.
"Antara yang paling awal menyokong saya ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Beliau orang pertama yang tandatangan SD. Terima kasih saya ucapkan," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di ibu negara, pada Selasa.
Turut hadir pada konvensyen ini ialah Abdul Hadi yang mewakili PAS serta pimpinan gabungan PN.
Biarpun kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk selepas itu tidak mempunyai manifesto kerana dibentuk ketika krisis politik, Muhyiddin menegaskan pihaknya tetap mementingkan tanggungjawab terhadap rakyat.
"Kita tidak ada manifesto kerana dibentuk ketika berlakunya krisis politik yang agak rumit. Tetapi walaupun tiada sebarang aku janji, ia tidak bermakna saya boleh lakukan apa sahaja yang saya suka.
"Tiada manifesto bukan bermakna tiada accountability kepada rakyat kerana pada saya, accountability sebagai pemimpin sangat mustahak, apatah lagi sebagai orang Islam.
"Saya bertanggungjawab kepada rakyat. Menteri-Menteri yang saya lantik juga bertanggungjawab kepada rakyat. Jika kami gagal memikul amanah kepada rakyat dengan baik, kami akan dipersoalkan oleh rakyat," ujarnya.
Muhyiddin berkata, tempoh enam bulan pentadbiran kerajaan PN adalah terlalu singkat untuk membuat penilaian pencapaian yang lebih komprehensif.
"Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya. Ya, saya telah melakukan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab saya kepada rakyat.
"Tetapi bukanlah hak saya untuk mengatakan sama ada saya telah melakukan yang terbaik. Saya serahkan itu kepada rakyat," tambahnya.
Madiha Abdullah
Tue Sep 01 2020

Muhyiddin (dua dari kiri) menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN), di ibu negara. - Astro AWANI / Shahir Omar

COVID-19: Satu suntikan vaksin Johnson & Johnson mampu cegah jangkitan - FDA
Kadar keberkesanan vaksin Johnson & Johnson adalah 66 peratus untuk mencegah COVID-19 tahap sederhana hingga teruk.

COVID-19: Komuniti, selebriti, menteri jadi golongan penting tangani antivaksin di UK
Kerajaan UK bertindak aktif dengan mengambil pelbagai inisiatif sekali gus menggunakan kuasa komuniti dalam menangani isu berkenaan.

COVID-19: Vaksin mampu lindungi warga emas penghidap penyakit kronik - Pakar
Golongan tersebut perlu memahami tindakan kerajaan berhubung pemberian vaksin berkenaan kerana ia menjadi faktor pelindung terhadap mereka.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

'Tahniah PM, bukti vaksin dijamin selamat dan tiada agenda Illuminati' - Ketua Pemuda Pas
Pas berdiri teguh bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima vaksin COVID-19 yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan.

Awas! Pihak jadikan media sebagai senjata serang Islam - Hadi
Platform media sosial ketika ini digunakan bagi sesetengah pihak sebagai medium untuk dijadikan sebagai senjata halus untuk menyerang agama Islam.

Hadi Awang sudah dibenarkan pulang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang hari ini setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lepas.

Hadi Awang semakin stabil, perlukan rehat - Ahmad Yakob
Timbalan Mursyidul Am Pas ajak ahli Pas dan rakyat malaysia buat solat hajat memohon supaya Abdul Hadi kembali pulih seperti sedia kala.

'Seorang pejuang yang tabah' - Azmin Ali seru doakan kesihatan Abdul Hadi
Beliau bersyukur mendapat perkhabaran Ahli Parlimen Marang itu kini berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik.

Pemuda Pas diminta solat hajat, doakan kesihatan Abdul Hadi
Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kerana mengalami sesak nafas.

Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang
Keadaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas semakin baik dan sudah boleh bercakap.

Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
Ahmad Zahid berkata, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Presiden Pas tawar diri jadi sebahagian yang pertama terima vaksin COVID-19
Abdul Hadi memaklumkan beliau telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Hadi Awang mohon batal saman berhubung kenyataan menghasut
Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Abdul Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut.