Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan hampir 1,600 individu tidak mendapat suntikan vaksin tahun lepas berbanding 1,500 pada 2015, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kes melibatkan beberapa negeri termasuk Perak, Kedah, Pahang, Kelantan dan Selangor.
"Bagaimanapun, 95 peratus masyarakat di negara ini mendapat suntikan vaksin dan jumlah itu masih tinggi dan bertepatan dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) yang ingin tahu usaha KKM dalam menyalurkan penerangan berkaitan suntikan vaksin kepada masyarakat.
Dr Hilmi berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat berhubung penggunaan vaksin termasuk melancarkan Galakan Imunisasi 2016-2020, kempen kesedaran penggunaan vaksin, ceramah, bengkel dan penerbitan artikel berkenaan perkara itu yang diedarkan di klinik-klinik kesihatan seluruh negara.
"KKM juga bekerjasama dengan Persatuan Pediatrik Malaysia dengan membangunkan laman web 'Immunise For Life' sejak 2013 untuk memberi maklumat berkenaan penyakit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin," katanya.
Dr Hilmi berkata setiap vaksin yang berdaftar dengan kementerian telah melalui pelbagai proses penilaian dari segi kualiti dan keselamatan sebelum digunakan di negara ini.
Beliau juga mengakui kementerian menerima 955 laporan berhubung kesan sampingan akibat suntikan vaksin tahun lepas namun kesannya diklasifikasikan sebagai 'mild reaction' seperti bengkak di tempat cucuk, demam dan pening.
Kepada soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai implikasi pengambilan vaksin, Dr Hilmi berkata beberapa penyakit seperti cacar dan polio berjaya dirawat menggunakan suntikan itu.
Memberi contoh penyakit difteria, beliau berkata lima kematian yang dicatatkan daripada 30 kes tahun lepas adalah disebabkan tiada imunisasi diberikan kepada pesakit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2017
Setiap vaksin yang berdaftar dengan kementerian telah melalui pelbagai proses penilaian dari segi kualiti dan keselamatan sebelum digunakan di negara ini. - Gambar hiasan
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.