GEORGE TOWN: Sebanyak 250 motosikal dan dua kereta diperiksa dalam operasi khas bersepadu samseng jalanan berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada Sabtu.
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
Ia turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Bantuan PLUS Berhad.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, 81 daripada jumlah kenderaan tersebut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pelbagai kesalahan.
Menurutnya, polis turut mengeluarkan 114 keping saman dalam operasi tersebut.
"Operasi bermula pada jam 1.30 pagi hingga 10 pagi di Lebuhraya BORR dengan melibatkan kekuatan seramai 13 pegawai dan 89 anggota dari JSPT Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman, bersama lima anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah dan lima anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
"Operasi bertujuan mencegah aktiviti samseng jalanan seperti lumba haram selain memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Hamzah menambah, selain polis, pihak JPJ juga mengeluarkan 245 notis pemeriksaan kenderaan di bawah Seksyen 61 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain menyita 20 motosikal.
"Pihak JAS Pulau Pinang turut mengeluarkan dua kompaun dan dua notis arahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974.
"AADK menjalankan ujian saringan air kencing ke atas 98 individu dan hasilnya, sembilan daripada mereka positif pelbagai jenis dadah," katanya lagi.
Jelas beliau, kolaborasi pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi seperti itu merupakan langkah proaktif untuk mencegah samseng jalanan secara berterusan bagi membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalanan.
"PDRM Kontinjen Pulau Pinang sangat komited menjalankan program advokasi bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya.
"Oleh itu, orang ramai khususnya golongan remaja diingatkan agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram atau apa sahaja aktiviti samseng jalanan yang boleh mengancam nyawa diri sendiri dan orang lain," tambahnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 13 2024
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Lebih 100 'mat rempit' diarah tolak motosikal
Lebih 100 penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal kira-kira sejauh satu kilometer selepas dikepung di Senawang, Seremban.
Polis tahan 152 mat rempit, bawa solat Subuh berjemaah, tazkirah
Seramai 152 mat rempit yang ditahan polis di Jalan Tun Razak, di sini, dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah dan diberi tazkirah.
'Mat rempit' kena tolak motosikal, polis keluarkan 301 saman di Teluk Intan
Sebanyak 42 motosikal disita selain 301 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Khas Ekzos Bising di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Teluk Intan.
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi
Polis Pulau Pinang menyita 48 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth dalam usaha menggempur 'mat rempit' dan samseng jalanan.
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
Mat rempit kecundang, berpeluh tolak motosikal beramai-ramai
Sekumpulan mat rempit menolak motosikal mereka selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, di sini pada Ahad.
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.