PUTRAJAYA: Permohonan hampir 2,000 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang tertunggak melibatkan pemandu berdaftar di bawah Grab Malaysia di Lembah Klang dijangka selesai dalam tempoh seminggu selepas cuti perayaan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) memansuhkan ujian teori bagi permohonan lesen PSV dapat membantu mempercepat proses permohonan.
"Dengan memansuhkan ujian teori, mereka hanya perlu menduduki kelas teori secara fizikal atau dalam talian, maka proses itu agak cepat dan kita boleh keluarkan lesen PSV kepada semua pemandu e-hailing yang telah menduduki kelas teori tersebut," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lesen PSV di sini hari ini.
Sebelum ini, katanya banyak permohonan belum dapat diadakan ujian teori atau diberikan lesen PSV kerana mereka bukan saja perlu menduduki kelas teori tetapi juga perlu mengambil giliran mendapatkan ujian teori yang diadakan di institut memandu, manakala operator e-hailing (EHO) seperti Grab Malaysia pula di pusat ujian di pejabat mereka.
"Setiap minggu mereka perlu mendapat giliran untuk mendapatkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan untuk hadir ke pejabat mereka untuk mengendalikan ujian. Jadi, sudah tentu kapasiti agak terhad kerana setiap minggu mungkin kita hanya dapat mengadakan ujian untuk sekitar 300 orang sahaja," katanya.
Pada 10 April lepas, Loke mengumumkan beberapa penambahbaikan yang melibatkan dasar iaitu had usia maksimum penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, pemansuhan ujian teori bagi lesen PSV dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) serta pengenalan kelas teori dalam talian.
Pada majlis hari ini, Loke menyerahkan lesen PSV kepada 300 pemandu Grab termasuk 210 Orang Kurang Upaya (OKU), yang merupakan kumpulan pertama pemandu Grab yang menerima lesen PSV susulan keputusan pemansuhan ujian teori bagi pengambilan lesen PSV.
Beliau berkata pemandu OKU yang kebanyakannya dalam kalangan OKU pendengaran itu telah diberikan lesen PSV selepas menduduki kelas teori.
"Mengikut data yang kita peroleh daripada EHO, pemandu OKU pendengaran mampu pandu kereta dengan baik, bawa penumpang dengan baik, (jadi) tidak timbul isu keselamatan kepada penumpang. Mereka adalah pemandu berhemah.
"Atas pertimbangan itu, maka saya memberikan pengecualian kepada pemandu-pemandu OKU khususnya pemandu OKU pendengaran yang kita rasa boleh membantu mereka dari segi menambah pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) memansuhkan ujian teori bagi permohonan lesen PSV dapat membantu mempercepat proses permohonan. - Gambar fail
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.